KERJA AKHIR – WIRING DAN PEMASANGAN LAMPU DAN KIPAS

Assalamualaikum.. wbkth

Alhamdulillah, kerja penambahan ruang solat sekeliling masjid telah sempurna dilakukan, dan ruang tambahan yang baharu adalah seluar 4000 kaki persegi, menjadikan luas keseluruhan Masjid sekarang sekali ganda daripada bangunan asal. dengan kata lain kapasiti jamaah juga akan dapat ditampung seramai sekali ganda.

Alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua penderma dalam apa jua bentuk sumbangan. Namun begitu, kami masih lagi membuka ruang untuk sumbangan dari pada pembaca budiman untuk penyudahan kerja elektrikal seperti wiring, pemasangan lampu dan kipas.

Dana sedia ada masih mampu ditanggung oleh pihak masjid, namum memandangkan sedekah Jariah adalah satu sumber pahala yang berterusan, maka pihak AJK sekali lagi membuka ruang untuk saudara/i menyumbang untuk fasa ini. Derma boleh disalurkan terus kedalam akaun maybank seperti tercatat disebelah.. atau yg berhampiran dengan masjid, boleh terus bertanyakan kepada AJK Masjid serta Nazir Masjid En Saifullizan.

Terima kasih, moga sedekah Jariah anda diterima Allah swt.

 

Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam

https://d19tqk5t6qcjac.cloudfront.net/i/412.html

MEMOHON SEDEKAH JARIAH UTK TAMBAHAN RUANG SOLAT

Assalamualaikum wbkt..

Setelah sekian lama menyepi, Masjid Al-Qayyum sekali lagi tampil untuk memberikan peluang untuk tuan puan pembaca budiman semua untuk sama-sama menghulurkan derma jariah untuk tujuan tersebut.

Untuk makluman tuan puan sekelian, tambahan ruang solat ini khususnya untuk menampung jamaah untuk Solat Jumaat dan Solat sunat dua Hari Raya. Keluasan ruang solat sediada seluas 3,600 ft2 sudah tidak mampun menampung jamaah. Untuk tujuan ini, pihak masjid telah[un memulakan kerja-kerja pembinaan seluar 4,100ft2 lagi untuk menempatkan sekali ganda jamaah.

Anggaran kos asal adalah sebanyak RM42,000 dan termasuk unjuran bumbung baru adalah sebanyak RM18,000, dengan kos keseluruhan adalah RM60,000.

Untuk makluman semua juga, sebanyak RM30,000 telah diluluskan untuk pembinaan oleh LZS, dan banayaran hanya akan diterima selepas kerja-kerja pembinaan ini selesai. Jadi besarlah harapan pihak Masjid sekiranya tuan -puan bermurah hati untuk menyumbang dengan kadar segera untuk membantu menyiapkan pembinaan ini dengan Sedekah jariah dari tuan puan.

Alhamdulillah juga, kerana dalam minggu ini sahaja kami telah menerima sumbangan awal dari beberapa individu sebanyak RM1,000 dari ahli karian. RM700 dari en tarmizi dari Air Keroh Melaka, RM200 dari jamaah masjid dan sebanyak RM890 dari pekerja sekitar masjid.

Derma boleh dibank-in atau transfer terus kedalam akaun masjid seperti berikut:

560249053032 Masjid Al-Qayyum

Maybank Islamik Caw Pelabuhan Klang

Barakallahi biha,

Wassalam

Penubuhan Badan Khairat Kematian

Assalamualaikum wbkth…

Salam sejahtera untuk semua pengunjung laman maya Masjid Al-Qayyum.

Untuk pengetahuan semua, Masjid telah dengan jayanya menubuhkan satu badan Khairat Kematian untuk mengumpul dana dan membantu ahli kariah terutamanya ahli berdaftar dengan badan khairat kematian.

Untuk permulaannya, ahli dikehendaki membayar yuran kemasukan sebanyak RM10 dan sumbangan tahunan sebanyak RM50. Ahli yang berhajat untuk menjadi ahli seumur hidup, sumbangan sebanyak RM500 dikenakan dan tiada lagi sumbangan kewangan dikenakan.

Pihak BKK akan menguruskan semua perbelanjaan dan urusan pengendalian jenazah dari rumah hingga kekubur, tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan, kecuali melebihi manfaat yang telah ditentukan. Malahan, ahli akan mendapat sumbangan kewangan dari BKK sebanyak RM300 untuk kematian ahli atau tanggungan ahli yang dewasa atau melebihi umur 2tahun.

Bagi pihak luar kariah atau dalam kariah yang ingin menyumbang didalam dana ini amat dialu-alukan samada dalam bentuk derma, wakaf atau zakat. Ini kerana kami menjangkakan dana yang disumbangkan oleh ahli tidak akan mencukupi untuk biayaan keseluruhan pengurusan jenazah sekiranya terjadi kematian.

Moga kita sama-sama berdoa agar perjalanan BKK ini dapat dijalankan dengan lancar dan akan mendapat bantuan dan sokongan dari semua pihak.

Wallahu A’lam. Jumpa lagi.

Pemasangan CCTV

Assalamualaikum.. wbkt

Salam persahabatan kepada semua pembaca baru blog Masjid Al Qayyum dan selamat bertemu kembali untuk semua pembaca lama yang senantiasa mengunjingi blog ini walaupun sudah mencecah satu tahun tidak ada tulisan terbaru.

Masalah kecurian telah melanda juga walau dalam rumah Allah dan kami anggarkan lebih dari satu ribu ringgit telah di”pancing” keluar dari tabung peti besi masjid. Dalam mesyuarat terbaru AJK masjid, telah bersetuju untuk memasang CCTV untuk mengawal dan setidaknya akan menggerunkan mereka yang berhajat untuk mencuri.

Kami pasti hal kecurian ini tidak akan berlaku sekiranya ada iman didalam hati-hati mereka. dan mereka yakin bahawa semasa mereka sedang mencuri itu mereka yakin Allah sedang melihat dan malaikan sedang mencatat perbuatan mereka itu.

Sehingga bertemu lagi.. marilah menderma untuk pembangunan bangunan baru masjid kita dan untuk menambah ruang solat.

Terima kasih, wassalam.

AGM Pertama Masjid Al-Qayyum

Alhamdulillah. setelah dinaikkan taraf Masjid pada bulan 11,, 2012.. tadi 20hb Jan @013. kami telah selesai menjalankan Mesyuarat Agung Pemilihan Pertama untuk memilih barisan AJK Masjid yang baru..

Semoga senantiasa dipermudahkan oleh Allah kepada kami untuk menguruskan Masjid kami ini dan terus berusaha untuk mengimarahkannya.

Terima kasih semua

Surau Dinaikkan ke Taraf MASJID…

Salam sejahtera semua pembica dan penderma budiman,

Untuk makluman semua, Surau Al-Qayyum telah dinaikkan taraf kepada sebuah Masjid Kariah berkuatkuasa pada 20hb Nov. 2012. Kesyukuran kami panjatkan kehadal ALLAH swt kerana memakbulkan doa dan permintaan kami. Dengan kelulusan dari JAIS ini, Masjid kami akan mengorak langkah dengan lebih yakin dan di antaranya akan menambahkan bilangan kuliah bulanan dan akan menghantar wakil untuk kursus pengurusan jenazah, jurunikah dan kursus2 yang yang berkaitan.

Namum begitu, pembangunan infrastruktur juga harus dititik beratkan kerana buat masa ini para Jemaah Jumaat telah melimpah ke kawasan anjung depan dan pakir kereta..

Kami mengalukan sumbangan dan derma amal jariah dari semua..

Wasalam.. jumpa lagi

Surau Kami Sudah Melimpah…..

Assalamualaikum wbkth…

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan penderma budiman..

Untuk makluman, jamaah yang datang untuk solat Jumaat dan hariraya sudah melimpah keluar Surau, bukan setakat bahagian koridor.. kami merancang untuk menambah teduhan pada sisi kiri dan kanan surau yang akan bersifat separuh kekal.. mungkin struktur besi dan atap genting atau atap zink awning..

Namun begitu.. kami tidak mempunyai kewangan untuk pemambahan ini tambah2 lagi, baki bayaran untuk kontraktor dan perunding sebanyak RM50 ribu masih lagi terhutang..

Kami menyeru bantuan dari sahabat pembaca sekalian.. akhir tahun ni.. ada zakat.. hulur2kanlah.. bersihkan harta kita dengan berzakat pada masa yang sama membuat amal jariah untuk menyempurnakan surau kami..

Wallahu Al’lam..

Jumpa lagi..

Previous Older Entries

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.