Bermulalah Langkah Nan Seribu…


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pembaca/ pengunjung budiman.

Anda terjumpa atau memang sengaja memasuki blog ini, kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih.

Buat semua, blog ini kami wujudkan untuk menyediakan satu platform maya untuk berinteraksi dan juga mengikuti perkembangan proses pembinaan surau baru kami, Surau Al-Qayyum, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Keperluan sebuah surau baru amat mendesak dengan surau sementara hanya beroperasi dalam empat lot kedai yang kurang selesa. Pengudaraan yang semestinya tidak seberapa sempurna dengan ruang yang terkurung. Tambah mendesak ialah untuk solat jumaat, para jamaah agak tidak selesa dalam ruang yang terkurung dan kepadatan yg tinggi.

Usaha tanpa mengira penat lelah kami, akhirnya pada 14 September 2009, kami mendapat kelulusan pembinaan surau baru dari Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dan dengan ini proses pembinaan mesti dimulakan dengan segera.

Dengan niat yang suci inilah, kami akan bergerak mencari dana sumbangan dalam apa jua bentuk samada kewangan, bahan binaan dan kelengkapan surau dari para penderma budiman sekalian.

Sila hubungi kami untuk mendapat penerangan lanjut serta proses menyalurkan derma yang dihajatkan. Sumbangan ikhlas dari semua moga diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t kelak.

Pengerusi – En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 687 4385

Naib Pengerusi – En Jaafar Juhari 016 6501 184

Setiausaha – En Khaszemi Mohd Yakim 019 337 6927

Bendahari – En Mohd Riza Mohd Yusoff 012 308 0362

Ketua Imam – Ustaz Hj Mansoor Keliwoon 012 9340 643

Imam Muda – En Mohd Zuraidi Komari 012 2510 981

Sehingga bertemu lagi, wassalam

2 Komen (+add yours?)

  1. Mr WordPress
    Oct 20, 2009 @ 09:21:11

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

    Balas

  2. Mohd Zuraidi Komari
    Nov 09, 2009 @ 11:10:05

    Tahniah atas semua pihak atas usaha memartabatkan Islam dengan meluaskan Syiar Islam…. semoga segala usaha kita akan diberkati oleh Allah SWT. Teruskan perjuangan, jangan takut untuk pandang ke depan… Allah SWT akan tetap bersama kita dalam usaha Membina Surau Al-Qayyum di Bandar Armada Putra… Kepada penderma di luar sana… sama-samalah kita menambah Sumbangan Jariah kita untuk kita bawa ke sana (Akhirat), Alam Kekal abadi.

    Cikgu pun apa kurangnya…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: