Mengapa Benda Senang Sengaja Disukarkan…

Assalamualaikum wbkt..

Selamat bertemu kembali.
Sebenarnya proses mendapatkan kelulusan merancang dan pelan bangunan telahpun bermula sejak setahun yang lepas. banyak sungguh keperluan yang disengajakan untuk disukarkan, hinggakan pihak dalaman pun merasa hairan ini terjadi

Pada awal kami meminta pengesahan status tanah daripada pihak MPK, dan dengan surat rasmi kami mendapat maklumbalas daripada pihak MPK juga mengatakan bahawa memang benar tapak ini telah dikhaskan dan diluluskan untuk Surau. Namum begitu apabila dimajukan pelan pembangunan dan pelan bangunan, mereka sendiri mahukan pengesahan pula. entah apa yg mereka inginkan kami pun tak tahu.. adakah ini yang dinamakan kerenah birokrasi?

Jangan kami yang ingin membina Surau ini yang menjadi salah satu dari senarai panjang MANGSA BIROKRASI…

Tolonglah kami. Kami bukan hendak membina Pusat Judi..

Ke Mana Hilangnya Para Dermawan???

Assalamualaikum wbkt…

Entahlah… mana perginya sikap ingin membantu; bukan sahaja membantu sebenarnya malah beramal soleh dengan melakukan Amal Jariah untuk membina Surau/Masjid.

Kepada penderma yang masih ragu-ragu; dimaklumkan bahawa surau yang akan kami bina ini telahpun mendapat jaminan daripada MAIS bahawa ianya akan dinaikkan taraf MASJID dalam setahun dua lagi…

Tiada bezanya kita bersedekah jariah untuk membina masjid ataupun surau; Pahala tetap sama – Masih Amal Jariah ; saham akhirat bekalan kita

Saya dan AJK surau amat-amat berharap saudara semua dapat membantu; pada perkiraan kami upah membina mungkin hanya akan memakan belanja sebanyak RM300 ribu sahaja setelah sebahagian besar kos akan ditanggung oleh Kerajaan Selangor.

Wallahu a’lam, wassalam. Jumpa lagi