Kemajuan Pembinaan 02


Assalamualaikum wbkt.

Dilaporkan sedikit perkembangan pembinaan surau kami sebagai bukti kemana peginya derma dan amal jariah dari tuan-puan penderma budiman sekalian

Dibawah ini dipaparkan sebahagian kerja2 pembinaan rasuk aras tanah – dijangka akan dituang konkrit pada pertengahan minggu depan (bulan Ramadhan)

Kelihatan berselerak didalam foto adalah tiang2 serta besi mula untuk tiang2 konkrit. Sebahagian tiang ini terutamanya yang berada di ruang solat utama akan ditamatkan pada aras lantai konkrit, rekabentuk yg kami pilih adalah sebuat surau yang ruang solatnya bebas daripada tiang.

Kami masih memerlukan banyak lagi dana untuk menyiapkan bangunan surau ini, setakat ini RM248 telah berjaya dikumpulkan dan pembayaran kepada kontraktor adalah sebanyak RM135 ribu untuk kerja2 cerucuk, tetopi cerucuk dan stump (termasuk kerja-kerja pakr sementara dan keperluan air dan elektrik ditapak.

Moga Ramadhan mendatang ini, sifat pemurah anda semua akan lebih terserlah. Sila pastikan nombor akaun surau kami yg betul semasa proses transfer atau bank-in anda. Ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk para penderma, lebih2 lagi bakal penderma dibulan ramadhan ini…

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga ibadat puasa, sunat teraweh, tadarrus dan qiamullail akan dapat diperteguhkan dan dimantapkan.

Jumpa lagi.
Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: