Lawatan UPEN ke tapak Surau


Salam sejahtera utk semua.. bertemu lagi kita di alam maya ini.

Pada 27hb Sept 2011, tapak surau kami dikunjungi oleh pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) untuk menilai keadaan sebenar dan seterusnya akan MENGOTAKAN janji Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pembinaan surau ini dengan bantuan bahan binaan. Janji ini telah pun melangkaui setahun iaitu pada 19hb jun 2010.

Perbincangan di antara pegawai UPEN, JKR, MPK dan AJK Surau di Tapak..

Apa yang kami harapkan adalah kejujuran dari semua pihak. Bimbang turun naik turun naik, yang dijanjikan entah ke mana.. tidak segankah mereka? Semua orang tahu.. TV Selangor dah siarkan.. anda boleh search.. apapun kami harapkan yang usaha kali ini akan membuahkan hasil. Dengan bantuan yang dijanjikan ini, insyaallah matlamat dan cita2 kami untuk melihat surau kami terbina akan menjadi kenyataan.
Berbahagialah bagi mereka yang mempercayai janji-janji Allah.

Wassalam.

 

 

— Maklumat terbaru kami terima: Pihak UPEN akan mencadangkan kelulusan bantuan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM350 ribu.. moga-moga maklumat ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini… amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: