Memulakan Fasa 2 Pembinaan Surau


Assalamualaikum wbkt.

Salam sejahtera dan selamat berjumpa lagi.
Insyaallah pada akhir bulan ini Fasa 1 Pembinaan yang melibatkan pembinaan struktur asas bangunan termasuk RC Frame dan semua kerja-kerja yang melibat penggunaan konkrit akan siap sepenuhnya.

 

Gambar terkini pada 12-10-2011

Kami amat2 berharap selepas dari tarikh itu, kontraktor fasa 2, iaitu untuk kerja2 bumbung dan penyiapan keseluruhan binaan surau dapat memulakan kerja2 mereka selewat2nya pada pertengahan bulan 11 ini.

Namum begitu, Dana yang kami ada telah menyusut sehingga kurang dari RM10 ribu, selepas dibayar untuk kerja2 dalam fasa 1. Janji derma dari yang berjanji masih belum diterima. Oleh itu, kami memohon sumbangan jariah yang berterusan dari pada pembaca semua. Target kami untuk Fasa 2 ini, tidak kurang dari RM350 ribu diperlukan. Ayuh, infakkan sedikit dari harta dan wang saudara/i untuk jalan Allah.

Peluang yang ada usah dilepaskan. Bila maut menjelma, tertutuplah segala hajat dan terlepaslah peluang ini.

Menderma juga akan mengurangkan sikap bakhil kita, sikap sayangkan harta yang tidak dapat dibawa ke dalam kubur.

Wallahu a’lam

Wassalam, jumpa lagi

2 Komen (+add yours?)

  1. Najua Hani
    May 07, 2012 @ 02:08:06

    assalammualaikum…maaf…boleh sy tau brapa lagi bantuan yg diperlukan ? mohon bantuan anda utk maklumkn segera kpd saya…

    Balas

    • suraualqayyum
      May 07, 2012 @ 12:32:51

      Assalamualaikum Najwa..

      Kami mengganggarkan daripada Bajet asal pembinaan RM910k, cuma diperlukan sekitar RM50 ribu lagi untuk kerja2 akhir seperti keperluan barangan seperti kipas, lampu juga untuk kerja-kerja luaran seperti jalan masuk dan parking. RM50 ribu itupun mungkin tidak siap sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya surau kami dapat digunakan pada Ramadhan tahun ini jugak..

      Terima kasih kerana berhasrat untuk membantu.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: