Kemajuan Pembinaan Terkini Februari 2012


Assalamualaikum wbkth…

Bertemu kembali di alam maya… salam sejahtera buat semua pembaca, penderma dan penyokong. Dilaporkan kemajuan terkini pembinaan surau pada bulan Feb 2012..

Kemajuan Terkini 28hb Fenruari 2012

Kelihatan kesemua sisi surau telahpun diikat bata dan pemasangan frame tingkap telahpun bermula dan dijangka siap dalam masa 2 atau 3 hari lagi. What next??? pemasangan paip untuk kerja pendawaian elektrik dan seterusnya melepa batu bata atau plaster.

Kerja-kerja bumbung mungkin bermula pada pertengahan minggu ini. Bahan pembinaan bumbung dijangka mula di hantar ke tapak pada minggu ini juga. Kerja-kerja awal pengukuran as-built akan dimulakan mungkin pada esok hari dan keseluruhan bumbung dijangka dapat di siapkan dalam masa sebulam iaitu dipenghujung bulan Mac 2013. Insyaallah, lapuran berikutnya dengan struktur bumbung sudah tertegak..

Apa yang tinggal lagi… kerja-kerja penyiapan yang akan memerlukan ketelitian yang penuh, skil pekerja yang tinggi dan ketepatan ukuran yang jitu.. jangan pula kos mahal tapi surau herot, kemasan tak cantik dan sebagainya.

Apapun, syukur kepada Allah yang telah mempermudahkan urusan kami.. bermula jumaat ini juga, kami akan memulakan semula ziarah masjid ke masjid dimulakan dengan masjid rantau panjang dan masjid jalan kapar untuk mengumpul dana pembinaan. Kami masih memerlukan lagi RM300 ribu untuk baki pembinaan.

Moga Allah memberkati usaha kami, merahmati dan membalas syurga amal jariah tuan puan dan semoga dengan bantuan dan pertolongan yang dihulurkan akan memastikan surau kami dapat disempurnakan. Amin

Wassalam, jumpa lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: