Penubuhan Badan Khairat Kematian


Assalamualaikum wbkth…

Salam sejahtera untuk semua pengunjung laman maya Masjid Al-Qayyum.

Untuk pengetahuan semua, Masjid telah dengan jayanya menubuhkan satu badan Khairat Kematian untuk mengumpul dana dan membantu ahli kariah terutamanya ahli berdaftar dengan badan khairat kematian.

Untuk permulaannya, ahli dikehendaki membayar yuran kemasukan sebanyak RM10 dan sumbangan tahunan sebanyak RM50. Ahli yang berhajat untuk menjadi ahli seumur hidup, sumbangan sebanyak RM500 dikenakan dan tiada lagi sumbangan kewangan dikenakan.

Pihak BKK akan menguruskan semua perbelanjaan dan urusan pengendalian jenazah dari rumah hingga kekubur, tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan, kecuali melebihi manfaat yang telah ditentukan. Malahan, ahli akan mendapat sumbangan kewangan dari BKK sebanyak RM300 untuk kematian ahli atau tanggungan ahli yang dewasa atau melebihi umur 2tahun.

Bagi pihak luar kariah atau dalam kariah yang ingin menyumbang didalam dana ini amat dialu-alukan samada dalam bentuk derma, wakaf atau zakat. Ini kerana kami menjangkakan dana yang disumbangkan oleh ahli tidak akan mencukupi untuk biayaan keseluruhan pengurusan jenazah sekiranya terjadi kematian.

Moga kita sama-sama berdoa agar perjalanan BKK ini dapat dijalankan dengan lancar dan akan mendapat bantuan dan sokongan dari semua pihak.

Wallahu A’lam. Jumpa lagi.

1 Komen (+add yours?)

  1. admin ekhairat
    Aug 18, 2014 @ 22:57:55

    Assamualaikum w.b.t.

    Dengan rasa rendah diri, saya ingin berkongsi satu sistem yang kami bina untuk menguruskan badan khairat kematian untuk kariah anda.
    Sistem ini boleh digunakan secara percuma oleh ajk dan ahli badan khairat kematian.
    Sila layari alamat di bawah:

    http://www.ekhairat.com

    Kami memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menyampaikan mesej ini ke ajk khairat/surau/masjid di tempat anda..
    Kami begitu berharap agar sistem ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memudahkan pengurusan badan khairat kematian.
    Seperti dimaklumkan, sistem ini diberi percuma tanpa sebarang caj.
    Namun, sekiranya berpuas hati, kami amat mengalu-alukan derma seikhlas mungkin.
    Jika ada kekurangan ataupun cadangan, bolehlah diajukan di laman facebook page (http://www.facebook.com/sistem.ekhairat) kami.
    Kami akan mencuba sedaya upaya menambah baik sistem ini dari masa ke semasa.

    Harap dapat di share kan…

    جزاك اللهُ خيرًا
    Jazakallahukhairan…

    Admin
    ekhairat.com

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: