Ahlan Ya Ramadhan 1438H

Assalamualaikum wbkth

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua pengunjung blog Masjid Al Qayyum, bandar Armada Putra.

Hari ini 5 Ramadhan.. bagaimana ibadah puasa tuan puan.. bagaimana pula ibadah solat malam tuan puan?

Ramadhan bulan yang ditunggu-tunggu, janganlah kita biarkan ianya berlalu sia-sia begitu sahaja. Kutiplah segenap ruang pahala semua bila Ramadhan meninggalkan kita nanti.. maghfirahNya menjadi milik kita.. keberkatannya menjadi bekalan kita untuk setahun lagi Ramadhan yang akan mendatang

Selamat berpuasa dan selamat berbuka

Jaga hati, jaga diri

Wassalam

Advertisements

Lawatan UPEN..

Salam sejahtera utk semua.. bertemu lagi kita di alam maya ini.

Pada 27hb Sept 2011, tapak surau kami dikunjungi oleh pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) untuk menilai keadaan sebenar dan seterusnya akan MENGOTAKAN janji Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pembinaan surau ini dengan bantuan bahan binaan. Janji ini telah pun melangkaui setahun iaitu pada 19hb jun 2010.

Apa yang kami harapkan adalah kejujuran dari semua pihak. Bimbang turun naik turun naik, yang dijanjikan entah ke mana.. tidak segankah mereka? Semua orang tahu.. TV Selangor dah siarkan.. anda boleh search.. apapun kami harapkan yang usaha kali ini akan membuahkan hasil. Dengan bantuan yang dijanjikan ini, insyaallah matlamat dan cita2 kami untuk melihat surau kami terbina akan menjadi kenyataan.

Perbincangan di Tapak Surau dengan UPEN, JKR, MPK dan AJK SUrau

Berbahagialah bagi mereka yang mempercayai janji-janji Allah.

Wassalam.

Gerhana Matahari 15 Jan 10/ 29 Muh 1431

Assalamualaikum..

Tanda kebesaran Allah yang menjalankan Matahari dan Bulan di atas paksinya. Subhanaallah…

Disertakan kejadian gerhana separa yang sempat saya rakam untuk tatapan yang tidak berkesempatan..

MASA Tahajjud

MASANYA

Di syaratkan tidur dahulu dan bangun pada sepertiga malam yang terakhir, antara jam 3 pagi hingga 7 pagi.

Sepertiga Pertama: 7 – 11 mlm (4 jam)
Sepertiga kedua: 11 mlm – 3 pagi (4 jam)
Sepertiga Ketiga: 3 pagi – 7 pagi (4 jam)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Allah s.w.t turun kelangit bumi di sepertiga malam yang akhir dan bertanya:
Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka Ku ampunkannya.
Adakah terdapat orang yang meminta, maka Ku berikannya.
Adakah ada yang meminta petunjuk , maka Ku berikan ia petunjuk.
Adakah terdapat orang yang meminta syurga, maka Ku jadikan ia berhak mendapatkannya.
Adakah terdapat yang memohon perlindungan dari neraka , maka Ku lindungi ia dari neraka.”

Firman Allah :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)”.
– al-Dzaariyaat (51) : 15-18

http://www.nursyifa.net/khazanah_islamiah/sholat_tahajud.html

Sumber
http://www.apadmedia.com/blog/?p=127

Kenapa Tidak Mahu Bersolat Tahajjud?

oleh : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:

Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan ALLAH iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1163.

Namun begitu hanya segelintir sahaja daripada umat Islam pada masa kini yang benar-benar memperhatikan ibadah solat Tahajjud ini. Kebanyakkan umat Islam yang lain lebih memilih untuk lena diulik mimpi di atas ranjang masing-masing. Melalui risalah ini penulis ingin menarik perhatian para pembaca tentang tatacara perlaksanaan solat Tahajjud serta keutamaanya di sisi syarak agar dapat dijadikan sumber motivasi kepada kita semua terutamanya penulis sendiri untuk mengerjakan solat Tahajjud.