Surau Kami Sudah Melimpah…..

Assalamualaikum wbkth…

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan penderma budiman..

Untuk makluman, jamaah yang datang untuk solat Jumaat dan hariraya sudah melimpah keluar Surau, bukan setakat bahagian koridor.. kami merancang untuk menambah teduhan pada sisi kiri dan kanan surau yang akan bersifat separuh kekal.. mungkin struktur besi dan atap genting atau atap zink awning..

Namun begitu.. kami tidak mempunyai kewangan untuk pemambahan ini tambah2 lagi, baki bayaran untuk kontraktor dan perunding sebanyak RM50 ribu masih lagi terhutang..

Kami menyeru bantuan dari sahabat pembaca sekalian.. akhir tahun ni.. ada zakat.. hulur2kanlah.. bersihkan harta kita dengan berzakat pada masa yang sama membuat amal jariah untuk menyempurnakan surau kami..

Wallahu Al’lam..

Jumpa lagi..

Hari Raya Qurban 1433H

Assalamualaikum wbkth..

Salam sejahtera selamat bertemu kembali diruangan maya ini.
Untuk pengetahuan semua pengunjung dan jamaah surau Al-Qayyum. Pihak surau akan menganjurkan ibadat korban yang akan di adakan pada hari Sabtu (Hari Kedua Raya) di perkarangan Surau Al-Qayyum. Setakat ini sebanyak 3 ekor lembu telah disahkan penyertaan oleh individu yang berhajat dan di doakan semoga sembelihan korban kelak akan mendapat paala dan ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikan ALLAH swt.

Sebelum itu, pada hari sebelum Raya Qurban, seekor lembu akan disembelih untuk memenuhi permintaan jamaah untuk mengakikahkan anak-anaknya berkongsi seekor lembu. Diharap pada pagi atau tengahari Raya (Jumaat) jamuan dapat diidangkan untuk santapan para jamaah solat aidil adha dan solat jumaat.

Moga kemeriahan dan pengorbanan ini berlandaskan kehendak syarak dan diterima segala amalan yang dilakukan

Dengan itu, kami pihak AJK amat berharap penyertaan beramai2 ali jamaah dan kariah untuk sama membantu dalam proses penyembelihan dan pengagihan daging korban pada hari yang tersebut.

Wallahu a’lam…

Bertemu kembali

Jadual Kuliah Bulan Okt 2012

Assalamualaikum wbkt…

Salam sejahtera kepada semua pembaca budinan. Anda dah menderma untuk pembangunan surau kami? Belum? Berbuatlah demikian dengan memindah wang kedalam akaun kami seperti ruangan sebelah.. kerana apa? kerana masa hidup yang singkat dan saat kematian tidak kita ketahui. Amat rugi sekiranya kita bertangguh dalam mengekuarkan amal jariah… kerana belum tentu esok untuk kita..

Disamping itu, tuntulah ilmu untuk akhirat dan untuk beramal untuk dunia dan akhirat.. kami menyediakan kuliah2 berkala berkitab dan bersumber seperti berikut:

1.0 Ust Rosli Md Zin Al Quran Talaqqi Isnin mlm Selasa 01-10-2012
2.0 Ust Shafiq Dato Rosley Aqidah Khamis mlm jumaat 04-10-2012
3.0 Ust mansoor Keliwon Hadis 40 Rabu mlm Khamis 10-10-2012
4.0 Ust Rosli Md Zin Al Quran Talaqqi Jumaat mlm Sabtu 12-10-2012
5.0 Ust Yusof Mohamed Muniatul Musollin Jumaat mlm Sabtu 19-10-2012
6.0 Ust Saud Sirrus Salikin Isnin mlm Selasa 23-10-2012
7.0 Ust Rizaki Kuliah Tafsir Khamis mlm Jumaat 25-10-2012

Semoga dapat bersama menyertai dan menimba ilmu.. sibukkan diri anda untuk kerja-kerja akhirat. Ali ra. pernah berkata, selangkah ke majlis ILMU, seperti selangkah anda menuju ke Syurga.. amin

Sehingga bertemu kembali.. selamat beramal jariah dan selamat menuntut ilmu.

ingatlah ILMU TANPA AMAL ADALAH SIA-SIA…

Wallahu A’lam

Surau Sudah di Siapkan 100%

Assalamualaikum wbkt…

Alhamdulillah, surau baharu yang telah dibina lebih setahun lalu telah dapat di siapkan sepenuhnya hasil derma dan sumbangan dari semua pembaca dan penderma budiman sekalian.

Namum begitu kami masih lagi berhutang dengan kontraktor sebanyak lebih kurang RM50 ribu. Tuntutan akhir kontrator sebanyak RM77 ribu. Dana dalam bank cuma ada RM29 ribu..

Jalan masuk sepanjang 50m juga masih tidak dapat dibina kerana kekurangan dana, jalan kami anggar sebanyak RM25 ribu lagi.. kami masih lagi meneruskan rundingan dan bantuan dari pihak PBT iaitu Majlis Perbandaran Klang

Untuk sekian kalinya lagi, kami membuka peluang ini untuk pembaca sekalian juga penderma diseluruh negara untuk menyalurkan amal jariah tuan/puan untuk melangsaikan bayaran tertunggak kontraktor surau.

Bantuan terkahir dan peluang keemasan untuk terus beramal dalam pembinaan surau/masjid ini.

Wassalam.
Jumpa lagi..

Pemindahan Masuk Surau Baru…

Assalamulaikum wbkt…

Salam sejahtera untuk pembaca budiman.. tak lupa juga untuk semua penderma dan bakal penderma untk menyiapkan surau kami nii…

Setelah berhempas pulas berusaha mencari tabungan dan membina serta menyiapkan surau ini… kami dengan ini ingin memaklumkan dan menjemput semua pembaca, penderma dan penyokong kami dalam menjayakan pembinaan surau ini ke kenduri doa selamat dan memulakan Ramadhan 1433 di surau baru yang kami bina ini. Marilah sama-sama merasai suasana baru dan melihat sendiri hasil sumbangan yang telah saudara/i tuan puan hulurkan.

Kami amat berbangga dengan terbinanya surau ini dan siapnya surau ini bukanlah dari pihak AJK sahaja malahan sumbangan terbesar yang mencecah RM900 ribu lebih adalah semuanya datang dari tuan puan sekalian.

Apalah yang kami dapat berikan sebagai penghargaan di atas sumbangan tersebut, namum kami ada ALlah yang mengetahui niat murni tuap puan dan kepadaNya jualah kami memohon agar Allah menerima sumbangan derma tersebit sebagai AMAL JARIAH di sisinya dan berikanlah pahala yang beterusan untuk semuanya. Amin.. amin ya ALLAH…

Untuk pengetahuan, rancangan kami sekiranya siap sepenuhnya, pada Sabtu Malam Ahad 21hb Julai ini, perpindahan resmi ke surau baru ini akan terlaksana. Jemputlah semua ke sana. Kami tak mampu menjemput seorang demi seorang…

Wallahu A’lam…

Jumpa lagi

Kemajuan Terkini 25hb Jun 2012

Assalamualaikum wbkth…

Berjumpa lagi dalam kesibukan kerja2 harian kita.. janganlah kita lupa untuk berdakwah dan beramal untuk bekalan hari kemudian.

Dalam posting serba ringkas ini ingin kami majukan laporan kemajuan pembinaan untuk tatapan pengunjung, penderma dan penyokong amal2 islami sekalian

Pandangan Keseluruhan Surau dari arah Jalan Masuk

Menara Sedang dalam Pembinaan

Pandangan Arah Mimbar...

Banyak lagi kerja-kerja yang sedang rancak berjalan sekarang.. seperti lantai ruang solat dan anjung koridor sedang diratakan, dinding dalam sedang di cat, pemasangan DB untuk kerja-kerja elektrik serta kerja akhir bumbung sedang berjalan.

Apa lagi yang kami perlukan… keperluan barangan elektrik… hulurkan bantuan anda pada jalan Allah… jangan ragu2 akan pulangannya yang Allah telah janjikan..

Semoga bertemu kembali… wallahu a’lam..

Wassalam.

Kerja Pemasangan Genting Bumbung Bermula

Salam sejahtera kepada semua pembaca..

Maklumat ringkas.. semalam dan dua hari lepas, pemasangan genting bumbung bermula dan dijangkakan sekitar 2 minggu lagi, pemasangan bumbung dapat disempurnakan sepenuhnya. Kerja-kerja pamasangan pagar juga akan dimulakan dalam beberapa hari lagi, kerja mengukur dan menandakan jajaran sedang dijalankan. Penderma dari seorang kontraktor telah mendermakan keseluruhan kerja-kerja pagar dan kerja-kerja pemasangan akan disempurnakan oleh kontraktor itu sendiri.

Untuk peralatan bilik air dan wudhuk, seorang penderma telah mengamanahkan keseluruhan keperluan tersebut akan dibiayai oleh beliau.

Kami juga telah membuka penyertaan derma untuk keperluan barangan elektrik seperti kipas, lampu dan apa saja keperluan untuk surau. Sila berhubung dengan pengerusi dan dapatkan kos untuk setiap keperluan tersebut. Kami menerima wang bukan barangan untuk mengelakkan ketidak seragaman peralatan surau dan untuk memudahkan kerja penyelenggaraan kelak.

Terima kasih dan jazakallah kepada semua penderma budiman. Allah sahaja yang bisa membalas budi dan jariah kalian. kami hanya mampu berdoa agar sumbangan tuan-puan akan diterima sebagai amal jariah oleh Allah dan moga dibalas syurga diakhirat kelak.

Amin.

Salam jariah, salam akhirat

Previous Older Entries Next Newer Entries