Surau Dinaikkan ke Taraf MASJID…

Salam sejahtera semua pembica dan penderma budiman,

Untuk makluman semua, Surau Al-Qayyum telah dinaikkan taraf kepada sebuah Masjid Kariah berkuatkuasa pada 20hb Nov. 2012. Kesyukuran kami panjatkan kehadal ALLAH swt kerana memakbulkan doa dan permintaan kami. Dengan kelulusan dari JAIS ini, Masjid kami akan mengorak langkah dengan lebih yakin dan di antaranya akan menambahkan bilangan kuliah bulanan dan akan menghantar wakil untuk kursus pengurusan jenazah, jurunikah dan kursus2 yang yang berkaitan.

Namum begitu, pembangunan infrastruktur juga harus dititik beratkan kerana buat masa ini para Jemaah Jumaat telah melimpah ke kawasan anjung depan dan pakir kereta..

Kami mengalukan sumbangan dan derma amal jariah dari semua..

Wasalam.. jumpa lagi

Surau Sudah di Siapkan 100%

Assalamualaikum wbkt…

Alhamdulillah, surau baharu yang telah dibina lebih setahun lalu telah dapat di siapkan sepenuhnya hasil derma dan sumbangan dari semua pembaca dan penderma budiman sekalian.

Namum begitu kami masih lagi berhutang dengan kontraktor sebanyak lebih kurang RM50 ribu. Tuntutan akhir kontrator sebanyak RM77 ribu. Dana dalam bank cuma ada RM29 ribu..

Jalan masuk sepanjang 50m juga masih tidak dapat dibina kerana kekurangan dana, jalan kami anggar sebanyak RM25 ribu lagi.. kami masih lagi meneruskan rundingan dan bantuan dari pihak PBT iaitu Majlis Perbandaran Klang

Untuk sekian kalinya lagi, kami membuka peluang ini untuk pembaca sekalian juga penderma diseluruh negara untuk menyalurkan amal jariah tuan/puan untuk melangsaikan bayaran tertunggak kontraktor surau.

Bantuan terkahir dan peluang keemasan untuk terus beramal dalam pembinaan surau/masjid ini.

Wassalam.
Jumpa lagi..

Kerja bumbung Bermula..

Assalamualaikum…wbkt.

Alhamdulillah, bertemu lagi di sini di alam maya.
Untuk makluman para penderma dan pengunjung setia blog ini, kami maklumkan bahawa selamal (isnin 12.03.2012) sebahagian barang telah sampai ke tapak surau untuk kerja-kerja bumbung, insyaallah hari ini kerja dapat dimulakan untuk rangka bumbung utama.

Terima kasih kepada seorang penderma budiman yang akan membiayai keseluruhan kos pembinaan bumbung surau kami. Moga Allah memayungi beliau dan keluarganya dari panas matahari di Mahsyar kelak.

Amin.

Semoga dapat bertemu kembali.

Kemajuan Bulan 12, 2011

Assalamualaikum wbkt..

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog surau Al-Qayyum.. dah 2 bulan tak update, walau bagaimanapun, pembinaan tetap berjalan – cuma saya jer yang kesuntukan masa berinternet..

Pandangan keseluruhan surau dari sebelah menara..

Ini adalah gambar terkini pada akhir Dis 2011, buat masa sekarang kemajuan ketara untuk mengikat batu bata disekeliling ruang solat utama, bilik imam dan ajk dan bahagian atas juga telahpun bermula, sedikit masa lagi akan saya kemaskini untuk bulan Jan 2012 pula.. harapnya ada masa yang dapat diluangkan.

Kami masih tercari-cari, ternanti – tertagih janji MB Selangor ( Kerajaan Negeri) untuk membekalkan bahan mentah untuk keseluruhan pembinaan sebagaimana yang telah DIJANJIKAN pada 20hb Jun 2010 lagi.. mana-mana janji, mana? dan pilihanraya sudah makin hampir.. takutnya janji kan janji PRU13 pula..

Apapun, para penderma budiman yang telah menginfakkan sedikit dari harta mereka untuk pembinaan surau ini, amat2 amat kami hargai.. tahun baru telah muncul… baharuilah derma dan amal jariah kita sebagaimana kita menderma untuk LHDN…

Wassalam, jumpa lagi

Penderma Senyap..

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah utk makluman, pembinaan surau telah mencapai hampir 40% dengan kerja-kerja konkrit utk rasuk atas dan bumbung konkrit anjung sedia dituang konkrit pada sabtu ini (8hb 10). Jumlah bayaran yang telah dikeluarkan kepada kontraktor setakat ini adalah sebanyak RM280 ribu dan baki akaun masih berbaki RM40 ribu. Dianggarkan utk menyiapkan fasa 1 struktur konkrit asas (frame) akan menelan belanja sebanyak RM450 ribu, maka keperluan fasa 1 sahaja masih kurang sebanyak RM130 ribu. Setakat ini janji penderma korporat sebanyak RM125 ribu masih lagi belum diterima, dan insyaallah dengan baki yang ada dan dijumlahkan dengan janji derma masih belum terima, keperluan fasa 1 dapat diselesaikan.

Fasa 2 iaitu kerja-kerja penyiapan bangunan seperti batu bata, bumbung, pendawaian dan lain-lain sebanyak RM350 ribu masih belum dapat dikumpulkan lagi. KAMI menyeru semua pengunjung blog ini mendermalah sebanyak yang termampu untuk pembangunan surau kami ini. Inilah peluang untuk beramal jariah yang pahalanya berterusan sampai sangkakala ditiupkan oleh malaikat Israfil.. Insyaallah..

KAMI juga merakam jazakallah kepada penderma SENYAP yang memasukkan derma jariah tuan puan melalui direct transfer kedalam akaun surau samada Ambank atau Maybank. Untuk makluman derma senyap terbesar setakat ini adalah RM81 ribu dan terbaru RM10 ribu. Moga Allah sahaja yang membalas pahala nya dan kami mendoakan kesejahteraan dan keberkatan tuan puan sentiasa.

Wallahu a’lam.. jumpa lagi

Kemaskini… Januari 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Tapak Surau kami telah memulakan kerja merata tanah dan manambak tanah merah. Kerja-kerja ini telah mengambil masa selama 3 hari dan upah jentolak sebanyak RM850 untuk 2 hari setengah dan kos tanah sebanyak RM8,500 untuk 30 lori.

Kami jugak telah dapat meningkatkan jumlah kutipan kepada RM225 ribu dengan derma terbaru diterima adalah sebanyak RM58 ribu dan RM83 ribu dari dua orang penderma budiman. Moga Allah membalas syurga bagi mereka berdua dan juga penderma lain.

Anda bila lagi? Bantulah kami dan bantulah Islam untuk terus kukuh di bumi Malaysia ini.

Wassalam

Ke Mana Hilangnya Para Dermawan???

Assalamualaikum wbkt…

Entahlah… mana perginya sikap ingin membantu; bukan sahaja membantu sebenarnya malah beramal soleh dengan melakukan Amal Jariah untuk membina Surau/Masjid.

Kepada penderma yang masih ragu-ragu; dimaklumkan bahawa surau yang akan kami bina ini telahpun mendapat jaminan daripada MAIS bahawa ianya akan dinaikkan taraf MASJID dalam setahun dua lagi…

Tiada bezanya kita bersedekah jariah untuk membina masjid ataupun surau; Pahala tetap sama – Masih Amal Jariah ; saham akhirat bekalan kita

Saya dan AJK surau amat-amat berharap saudara semua dapat membantu; pada perkiraan kami upah membina mungkin hanya akan memakan belanja sebanyak RM300 ribu sahaja setelah sebahagian besar kos akan ditanggung oleh Kerajaan Selangor.

Wallahu a’lam, wassalam. Jumpa lagi

Previous Older Entries