Antara Amal Jariah dan Derma Kemanusiaan…

Assalamualaikum..

Salam sejahtera, begitu sukar mendapat bantuan kewangan untuk tujuan Pembinaan Surau ya, sedangkan ini adalah satu amal jariah yang Allah janjikan pahala yang berterusan hingga hari kiamat.

Mungkin begitu mudah untuk mendapatkan derma kemanusiaan seperti untuk mangsa gempa di Haiti, Aceh, Padang dan segalanya. Lagi senang kalau derma tersebut dibuat liputan media massa. Dapat masuk TV dan akhbar..

Derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi (tanpa heboh-heboh). Derma untuk gereja diberikan tanpa perlu diminta, walhal kerosakannya tidaklah banyak.

Mungkin post ini sedikit emosi, tetapi itulah hakikatnya, begitu sukar mendapat sumbangan atau tajaan untuk tujuan murni ini.

Sekali lagi, kami menyeru para dermawan semua, tampillah kedepan, bantulah kami untuk membina Surau/masjid untuk Allah dan pahalanya untuk anda semua.

Wassalam.

Advertisements