Surau Sudah di Siapkan 100%

Assalamualaikum wbkt…

Alhamdulillah, surau baharu yang telah dibina lebih setahun lalu telah dapat di siapkan sepenuhnya hasil derma dan sumbangan dari semua pembaca dan penderma budiman sekalian.

Namum begitu kami masih lagi berhutang dengan kontraktor sebanyak lebih kurang RM50 ribu. Tuntutan akhir kontrator sebanyak RM77 ribu. Dana dalam bank cuma ada RM29 ribu..

Jalan masuk sepanjang 50m juga masih tidak dapat dibina kerana kekurangan dana, jalan kami anggar sebanyak RM25 ribu lagi.. kami masih lagi meneruskan rundingan dan bantuan dari pihak PBT iaitu Majlis Perbandaran Klang

Untuk sekian kalinya lagi, kami membuka peluang ini untuk pembaca sekalian juga penderma diseluruh negara untuk menyalurkan amal jariah tuan/puan untuk melangsaikan bayaran tertunggak kontraktor surau.

Bantuan terkahir dan peluang keemasan untuk terus beramal dalam pembinaan surau/masjid ini.

Wassalam.
Jumpa lagi..

Kemajuan Terkini 25hb Jun 2012

Assalamualaikum wbkth…

Berjumpa lagi dalam kesibukan kerja2 harian kita.. janganlah kita lupa untuk berdakwah dan beramal untuk bekalan hari kemudian.

Dalam posting serba ringkas ini ingin kami majukan laporan kemajuan pembinaan untuk tatapan pengunjung, penderma dan penyokong amal2 islami sekalian

Pandangan Keseluruhan Surau dari arah Jalan Masuk

Menara Sedang dalam Pembinaan

Pandangan Arah Mimbar...

Banyak lagi kerja-kerja yang sedang rancak berjalan sekarang.. seperti lantai ruang solat dan anjung koridor sedang diratakan, dinding dalam sedang di cat, pemasangan DB untuk kerja-kerja elektrik serta kerja akhir bumbung sedang berjalan.

Apa lagi yang kami perlukan… keperluan barangan elektrik… hulurkan bantuan anda pada jalan Allah… jangan ragu2 akan pulangannya yang Allah telah janjikan..

Semoga bertemu kembali… wallahu a’lam..

Wassalam.

Derma Terbaru RM30k dan Pembinaan Bumbung Surau

Assalamualaikum wbkth….

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan penderma budiman. Moga hari ini dan hari2 mendatang and akan terus berada dalam rahnat-Nya senantiasa.

Untuk makluman semua, kami telah menerima derma sebanyak RM30 ribu dari seorang penderma (derma kedua) untuk surau kami. Alhamdulillah syukur. Dana terkumpul keseluruhan telahpun mencecah RM530 ribu dan insya Allah akan terus meningkat. Seperkara lagi, semalam kami mendapat perkhabaran gembira bahawa seorang penderma akan membiayai keseluruhan pembinaan bumbung surau. Derma ini adalah dari usaha kontraktor pertama kami Caliph Construction, juga atas permintaan penderma tersebut, kerja-kerja bumbung ini akan dibuat dan dipasang oleh Caliph Construction juga.

Dengan dua perkembangan terbaru ini, tiada apa lagi yangdapt kami ucapkan melainkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang memudahkan urusan kami sehingga kini.

Kami masih lagi mencari jalan penyelesaian di atas janji2 MB Selangot untuk membiayai bekalan bahan-bahan pembinaan untuk surau kami sebagaimana yang diumumkan beliau pada majlis penentuan arah kiblat dan upacara pecah tanah pada 19hb Jun 2010 yang lepas. Dah lama dah… tapi janji tetap janji… wajib dikotakan, tambahan lagi sebagai pemimpin tertinggi Negeri Selangor ini sendiri.

Kami serahkan kembali kepada rahmat Allah, moga perbincangan dengan pihak UPEn menemui jalan singkat, dan kami akan dapat menyiapkan pembinaan keseluruhan Surau ini sebelum Ramadhan 1433 ini dan menduduki untuk pertama kalinya pada Awal Ramadhan 1433. Insya Allah. Amin ya Rabbal Alaminnnn

Moga bertemu kembali.

Wallahua’lam.

Kemajuan Bulan Jan 2012

Assalamualaikum wbkt..

Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Kami lampirkan bersama posting kali ini adalah gambar kemajuan pembinaan terbaru iaitu pada akhir bulan Januari 2012 untuk tatapan semua para penderma dan bakal penderma. Inilah sebagai bukti kemana perginya wang yang telah tuan-tuan sumbangkan selama ini.

Kemajuan Terkini Pada 21hb Jan 2012

Kelihatan hampir 80 peratus batu bata telah pun diikat terutamanya untuk frame tingkap, pintu dan sisip angin.

Kami sedang berusaha untuk mengumpul dana pembinaan sebanyak RM100 dalam masa terdekat untuk kerja-kerja bumbung. dan dana keseluruhan yang masih diperlukan lagi adalah sebanyak RM350 ribu ringgit lagi.

Mohon sumbangan daripada anda semua, tak kira org biasa, wakil rakyat atau sesiapa saja.. mendermalah untuk hari depan anda… bekalan akhirat

Sekian, wallahu’alam..

Jumpa lagi

Tiap Hari Derma Masuk…

Salam sejahtera…

Selamat bertemu kembali sahabat dan pengunjung budiman, tak lupa kepada para penderma yang pemurah..

Post kali ini saya ingin fokos kepada akaun surau kami yang mana setiap hari tidak lekang dengan wang derma masuk akaun… kami sertakan salinan penyata bank untuk tatapan semua…
SKMBT_75112011815400

Gandakanlah derma dan amal jariah anda… RM10 satu hari sekiranya daripada 100 orang penderma, kami dapat mengumpul RM1,000 sehari dan RM30 ribu sebulan… kita sama-sama menunggu saat itu..

Pembinaan sekarang mencapai tahap hampir 60%, semua batu-bata untuk ruang utama, beranda bumbung rata dan tandas telahpun siap. Menunggu frame pintu dan tingkap. Kerja bumbung mungkin dapat dimulakan seawal bulan feb 2012 itupun dengan harapan sekurang-kurangnya tabungan mencecah RM60 ribu, sebagai deposit bahan-bahan bumbung seperti truss keluli dan genting..

Bantulah kami dan agama Allah ini.. semoga Allah ankan membantu anda dan keluarga anda sebagai balasanNya…

Amin

Jumpa lagi

Aliran Masuk Agak Lembab….

Salam sejahtera,

Apa khabar semua, semoga mendapat keberkatan yang berpanjangan dari ALlah sempena tahun baru Hijrah dan terbaru tahun baru Masehi..

Perkembangan aliran masuk dana pembinaan yang dilancarkan agak lembab, entahlah dimana silapnya.. dengan kantong hanya tinggal RM2,000 selepas ditolak kos percetakan resit-resit derma bernilai RM10 dan RM5, kebenaran pungutan derma dari Jais pula tertangguh.

Kami terpaksa bergerak secara sir.. senyap-senyap untuk mengutip derma awal, setidaknya kos untuk mendapatkan kelulusan pelan dari MPK sebanyak RM3,700 dapat disegerakan.

Kami berharap ada insan mulia akan tanpil memberikan sumbangan untuk fasa pertama ini – iaitu kelulusan pelan bangunan.

Sila berhubung dengan AJK yang tersenarai untuk tujuan murni tuan tersebut.

Wassalam.