Tiada Peruntukan Dari UPEN Selangor (Ada janji… pada 30.03.2012)

Salam Sejahtera….

Petang semalam kami menerima surat dari UPEN memaklumkan bahawa bantuan kewangan yang dijanjikan oleh MB Selangor tidak dapat disalurkan melalui UPEN.

Maknanya.. MB Selangor kena cari sumber lain pula selepas, Yayasan Selangor, UPEN dan Zakat menemui jalan buntu.. Persoalannya.. sampai bila dan agensi Kerajaan Negeri yang manakah mahu digunakan untuk penyaluran dana sebagaimana yang telah dijanjikan pada 19hb Jun 2010 yang lepas????

Berapa lama lagi kami harus menunggu? Jawablah wahai Dato’ MB…

Makluman tambahan : Pihak AJK telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ MB Selangor bahawa kami telah merancang untuk mengadakan bantahan UMUM melalui Aduan Rakyat TV3 pada 01.04.2012 Ahad di Tapak Surau Baharu sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak Dato’ Menteri Besar Selangor dalam tempoh 1 minggu dari sekarang…

Update Terkini: Petang tadi perkhabaran gembira muncul dengan pihak UPEN menarik balik surat tersebut dan bersetuju untuk menyumbang untuk penyiapan surau sehingga RM300 ribu. Tujuan makluman ini diletakkan di blog ini adalah sebagai bukti JANJI dan pihak pembaca dapat menunggu pengakhir ceritanya kelak… wassalam.

Advertisements

Lagi Derma Akan Masuk….

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, lagi RM10k akan masuk menerusi Jabatan Wakaf Selangor, untuk pembinaan surau baharu kami. Terima kasih kerana keperihatinan semua pihak. Esok, wakil pegawai akan menyerahkan kepada Pengerusi Surau kami sebelum waktu zohor di tapak surau dan beliau akan solat zohor berjamaah di surau sementara kami. Lawatan tapak dan penyerahan sumbangan pada masa yang sama adalah untuk melihat perkembangan pembinaan semasa. Ke mana dana yang dikumpul digunakan selama ini.

Malam tadi mesyuarat diadakan untuk membincangkan cara-cara untuk menambahkan dana pembinaan, nampaknya bermula bulan depan, kami akan bergerak semula dari masjid ke masjid untuk mengutip derma dari orang ramai dan sasaran kami adalah semua masjid di negeri Selangor terutamanya yang bersebelahan dengan daerah Klang iaiu Kuala Langat, Kapar dan Kuala Selangor.

Doakan kami dipermudahkan urusan ini dan nantikan kami di tempat saudara kelak, insyaallah kami akan sampai ke semua Masjid di negeri Selangor dalam tempoh masa 6 bulan hingga 1 tahun ini.

Sumbangan boleh terus di masukkan kedalam akaun2 surau seperti tertera di sebelah kanan laman blog ini.

Berjuanganlah dengan harta selagi nyawa dikandung badan…

Wallahua’lam..

Jumpa lagi.

Terbaru.. Kerja-kerja Konkrit untuk Kaki Lima dan Tiang Bumbung Tinggi

Assalamualaikum wbkth…

Update ringkas berkenaan kemajuan pembinaan surau. Semalam 20hb 10 2011, Kerja-kerja Konktir untuk Tiang Bumbung Tinggi dan Kali Lima telah sempurna disiapkan. Beberapa keping gambar dibawah dapat menerangkan apa yang dilaporkan disini..

Pandangan dari Anjung Pintu Utama: Kerja konkrit Kali Lima ..

Kerja konkrit untuk Tiang Bumbung Tinggi

Kerja Terakhir untuk Fasa 1 andalah pembinaan rasuk bumbung tinggi yang menyambungkan semua tiang-tiang ini. Khalas, kemungkinan besar dalam masa 2 minggu lagi Fasa 1 akan dapat disempurnakan dan Fasa 2 akan bermula, Insyaallah.

Apa yang penting… kerjasama, derma dan usaha…

Wassalam, jumpa lagi.

Dimanakah akan kucari….

Salam sejahtera,

Setelah hampir satu tahun kami melancarkan kutipan derma terutama melalui jualan kupon dan saham wakaf. Dana terkumpul masih belum mencecah RM100 ribu.
Barisan AJK mula merasa resah.. dalam mesyuarat AJK Pembinaan kebelakangan ini, ada yang melontarkan pendapat bahawa kita harus mengubah rekabentuk surau kepada yang asas, struktur segi empat dengan atap zink dengan saiz lebih kecil. Ada yang melontarkan pendapat bahawa pembinaan hendaklah disegerakan walaupun hanya tapak asas- piling sahaja yang dapat dibina buat masa sekarang, dan bermacam-macam lagi cadangan dari AJK.
Kata saya, kita berusaha – allah menentukan. Jangan sedih kerana surau tidak dapat dibina hari ini, jangan sedih jika bukan kita yang dapat memdirikan surau ini setahun dua ini.. kerana yang Allah kira bukan hasil tapi usaha kita.. berusahalah dahulu untuk mengumpulkan dana, bukan berusaha untuk mendidikan surau tapi terbengkalai separuh jalan.
Insyaallah usaha murni ini juga dikira amal jariah,- amal soleh yang akan diberikan pahala oleh Allah.
Janganlah kalian bersedih… La Tahzan…

Jumpa lagi. Wassalam.