Lagi Derma Akan Masuk….

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, lagi RM10k akan masuk menerusi Jabatan Wakaf Selangor, untuk pembinaan surau baharu kami. Terima kasih kerana keperihatinan semua pihak. Esok, wakil pegawai akan menyerahkan kepada Pengerusi Surau kami sebelum waktu zohor di tapak surau dan beliau akan solat zohor berjamaah di surau sementara kami. Lawatan tapak dan penyerahan sumbangan pada masa yang sama adalah untuk melihat perkembangan pembinaan semasa. Ke mana dana yang dikumpul digunakan selama ini.

Malam tadi mesyuarat diadakan untuk membincangkan cara-cara untuk menambahkan dana pembinaan, nampaknya bermula bulan depan, kami akan bergerak semula dari masjid ke masjid untuk mengutip derma dari orang ramai dan sasaran kami adalah semua masjid di negeri Selangor terutamanya yang bersebelahan dengan daerah Klang iaiu Kuala Langat, Kapar dan Kuala Selangor.

Doakan kami dipermudahkan urusan ini dan nantikan kami di tempat saudara kelak, insyaallah kami akan sampai ke semua Masjid di negeri Selangor dalam tempoh masa 6 bulan hingga 1 tahun ini.

Sumbangan boleh terus di masukkan kedalam akaun2 surau seperti tertera di sebelah kanan laman blog ini.

Berjuanganlah dengan harta selagi nyawa dikandung badan…

Wallahua’lam..

Jumpa lagi.

Advertisements

Derma Terbaru RM30k dan Pembinaan Bumbung Surau

Assalamualaikum wbkth….

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan penderma budiman. Moga hari ini dan hari2 mendatang and akan terus berada dalam rahnat-Nya senantiasa.

Untuk makluman semua, kami telah menerima derma sebanyak RM30 ribu dari seorang penderma (derma kedua) untuk surau kami. Alhamdulillah syukur. Dana terkumpul keseluruhan telahpun mencecah RM530 ribu dan insya Allah akan terus meningkat. Seperkara lagi, semalam kami mendapat perkhabaran gembira bahawa seorang penderma akan membiayai keseluruhan pembinaan bumbung surau. Derma ini adalah dari usaha kontraktor pertama kami Caliph Construction, juga atas permintaan penderma tersebut, kerja-kerja bumbung ini akan dibuat dan dipasang oleh Caliph Construction juga.

Dengan dua perkembangan terbaru ini, tiada apa lagi yangdapt kami ucapkan melainkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang memudahkan urusan kami sehingga kini.

Kami masih lagi mencari jalan penyelesaian di atas janji2 MB Selangot untuk membiayai bekalan bahan-bahan pembinaan untuk surau kami sebagaimana yang diumumkan beliau pada majlis penentuan arah kiblat dan upacara pecah tanah pada 19hb Jun 2010 yang lepas. Dah lama dah… tapi janji tetap janji… wajib dikotakan, tambahan lagi sebagai pemimpin tertinggi Negeri Selangor ini sendiri.

Kami serahkan kembali kepada rahmat Allah, moga perbincangan dengan pihak UPEn menemui jalan singkat, dan kami akan dapat menyiapkan pembinaan keseluruhan Surau ini sebelum Ramadhan 1433 ini dan menduduki untuk pertama kalinya pada Awal Ramadhan 1433. Insya Allah. Amin ya Rabbal Alaminnnn

Moga bertemu kembali.

Wallahua’lam.