Kerja bumbung Bermula..

Assalamualaikum…wbkt.

Alhamdulillah, bertemu lagi di sini di alam maya.
Untuk makluman para penderma dan pengunjung setia blog ini, kami maklumkan bahawa selamal (isnin 12.03.2012) sebahagian barang telah sampai ke tapak surau untuk kerja-kerja bumbung, insyaallah hari ini kerja dapat dimulakan untuk rangka bumbung utama.

Terima kasih kepada seorang penderma budiman yang akan membiayai keseluruhan kos pembinaan bumbung surau kami. Moga Allah memayungi beliau dan keluarganya dari panas matahari di Mahsyar kelak.

Amin.

Semoga dapat bertemu kembali.

Advertisements

Surat Arkitek..

Assalamualaikum..

Berikut dikempilkan bersama surat dari Arkitek Fajar mangatakan keperluan pembayaran untuk mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan Surau Al-Qayyum. Kami masih mencari penderma untuk Fasa 1 ini iaitu : Kelulusan Pelan Bangunan dari Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Jumlah tepat adalah seperti berikut:
1: Pelan Bangunan dan Susunatur = RM245
2: Pagar Keselamatan : RM 3,198.50
3: Cagaran Papan Tanda : RM100
4: Lesen Iklan : RM90
Jumlah besar : RM3,633.50

Wassalam.