Laporan Kemajuan Akhir April 2012

Assalamualaikum wbkt…

Disertakan laporan untuk bulan April 2012. Agak terlewat sedikit laporan ini daripada kebiasaan. Sekarang ini sedang dipasang batten untuk bumbung genting dan dianggarkan sekitar 6-7 hari diperlukan untuk menyiapkan pemasangan batten ini dan seterusnya kerja-kerja pemasangan bumbung tile. Mesyuarat telah sepakat untuk menggunakan tile bewarna kelabu gelap untuk bumbung.

Kemajuan Pembinaan Pada Akhir April 2012

Semalam dan dua hari lepas, cat asas pertama sudah mula disapu pada permukaan dinding, batten telah dimulakan disebelah bumbung menghadap kiblat dan kerja-kerja pemasangan saluran elektrik juga sedang giat dijalankan.

Beberapa gambar ini menunjukkan beberapa aktiviti di surau …

Kerja Plaster dan Kornic Bumbung Rata

Kerja-kerja Pemasangan Wiring dan Sesalur Elektrik

Tapak Plug

Advertisements

Lagi Derma Akan Masuk….

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, lagi RM10k akan masuk menerusi Jabatan Wakaf Selangor, untuk pembinaan surau baharu kami. Terima kasih kerana keperihatinan semua pihak. Esok, wakil pegawai akan menyerahkan kepada Pengerusi Surau kami sebelum waktu zohor di tapak surau dan beliau akan solat zohor berjamaah di surau sementara kami. Lawatan tapak dan penyerahan sumbangan pada masa yang sama adalah untuk melihat perkembangan pembinaan semasa. Ke mana dana yang dikumpul digunakan selama ini.

Malam tadi mesyuarat diadakan untuk membincangkan cara-cara untuk menambahkan dana pembinaan, nampaknya bermula bulan depan, kami akan bergerak semula dari masjid ke masjid untuk mengutip derma dari orang ramai dan sasaran kami adalah semua masjid di negeri Selangor terutamanya yang bersebelahan dengan daerah Klang iaiu Kuala Langat, Kapar dan Kuala Selangor.

Doakan kami dipermudahkan urusan ini dan nantikan kami di tempat saudara kelak, insyaallah kami akan sampai ke semua Masjid di negeri Selangor dalam tempoh masa 6 bulan hingga 1 tahun ini.

Sumbangan boleh terus di masukkan kedalam akaun2 surau seperti tertera di sebelah kanan laman blog ini.

Berjuanganlah dengan harta selagi nyawa dikandung badan…

Wallahua’lam..

Jumpa lagi.

Pandangan Dari Atas

Assalamualaikum wbkt..

Sebagai tambahan kepada posting sebelum ini, disertakan pandangan dari atas bumbung rata ke arah dewan solat dan mihrab.. untuk tatapan semua..

Pandangan Ke Atarh Mihrab... dan ruang solat utama

Perhatikan ruang antara siling dan yang amat tinggi untuk mengelakkan kesan bahang panas, rekabentuk ini akan mengurangkan penggunaan kipas angin serta pengudaraan keluar mauk udara yang cukup sempurna…

Sekian.. terima kasih, jumpa lagi.

Terbaru.. Kerja-kerja Konkrit untuk Kaki Lima dan Tiang Bumbung Tinggi

Assalamualaikum wbkth…

Update ringkas berkenaan kemajuan pembinaan surau. Semalam 20hb 10 2011, Kerja-kerja Konktir untuk Tiang Bumbung Tinggi dan Kali Lima telah sempurna disiapkan. Beberapa keping gambar dibawah dapat menerangkan apa yang dilaporkan disini..

Pandangan dari Anjung Pintu Utama: Kerja konkrit Kali Lima ..

Kerja konkrit untuk Tiang Bumbung Tinggi

Kerja Terakhir untuk Fasa 1 andalah pembinaan rasuk bumbung tinggi yang menyambungkan semua tiang-tiang ini. Khalas, kemungkinan besar dalam masa 2 minggu lagi Fasa 1 akan dapat disempurnakan dan Fasa 2 akan bermula, Insyaallah.

Apa yang penting… kerjasama, derma dan usaha…

Wassalam, jumpa lagi.

Pembinaan Sudah Dimulakan… Akaun Akhirat Anda Sedang Meningkat…

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung budiman,

Alhamdulillah kesyukuran kami panjatkan kepada ALlah swt kerana memudahkan urusan kami dalam memulakan pembinaan surau yang telah terlalu lama kami rancang dan berusaha untuk merealisasikan hasrat penduduk Armada Putra dan paa Jamaah Surau.

Pada tarikh 14hb Jun 2011, tercatat sejarah baru Bandar Armada Putra, bermulalah pembinaan surau baharu kami. Kerja-kerja penanaman cerucuk dimulakan untuk cerucuk paling kedepan menghadap kiblat sebagai satu simbolik.

Pembinaan ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan tanpa sumbangan anda semua dan bagi memastikan ianya terus berjalan dan mencapai kesempurnaan pembinaan dalam masa 7 bulan lagi, sumbangan dan derma jariah anda semua amat-amat kami harapkan.

Kepada penderma yang telah menyalurkan derma dan sumbangan anda, Akaun Akhirat anda sedang dideposit pahalanya oleh ALLah sebagaimana yang telah dijanjikanNya. bersabarlah menunggu habuannya diSANA dan bergembiralah kerana anda menjadi sebahagian daripada mereka yang turut sama terlibat membantu agama ALlah.

Rebutlah keberkatan bulan Rajab ini untuk membantu ALLAH kerana Rejab adalah bulan ALlah. Marilah terus menderma untuk saham akhirat anda!

Untuk para AJK – teruskan usaha murni anda semua. Tanpa anda semua kenyataan ini tidak akan dapat dizahirkan di atas tapak sana…

Sekian terima kasih

p/s: Sila berurusan dengan pegawai dan AJK sebagaimana dinyatakan diruangan sebelah dan sumbangan melalui Direct Bank In atau ‘online transaction” sila gunakan akaun2 surau yang telah dinyatakan.