Jadual Kuliah Bulan Okt 2012

Assalamualaikum wbkt…

Salam sejahtera kepada semua pembaca budinan. Anda dah menderma untuk pembangunan surau kami? Belum? Berbuatlah demikian dengan memindah wang kedalam akaun kami seperti ruangan sebelah.. kerana apa? kerana masa hidup yang singkat dan saat kematian tidak kita ketahui. Amat rugi sekiranya kita bertangguh dalam mengekuarkan amal jariah… kerana belum tentu esok untuk kita..

Disamping itu, tuntulah ilmu untuk akhirat dan untuk beramal untuk dunia dan akhirat.. kami menyediakan kuliah2 berkala berkitab dan bersumber seperti berikut:

1.0 Ust Rosli Md Zin Al Quran Talaqqi Isnin mlm Selasa 01-10-2012
2.0 Ust Shafiq Dato Rosley Aqidah Khamis mlm jumaat 04-10-2012
3.0 Ust mansoor Keliwon Hadis 40 Rabu mlm Khamis 10-10-2012
4.0 Ust Rosli Md Zin Al Quran Talaqqi Jumaat mlm Sabtu 12-10-2012
5.0 Ust Yusof Mohamed Muniatul Musollin Jumaat mlm Sabtu 19-10-2012
6.0 Ust Saud Sirrus Salikin Isnin mlm Selasa 23-10-2012
7.0 Ust Rizaki Kuliah Tafsir Khamis mlm Jumaat 25-10-2012

Semoga dapat bersama menyertai dan menimba ilmu.. sibukkan diri anda untuk kerja-kerja akhirat. Ali ra. pernah berkata, selangkah ke majlis ILMU, seperti selangkah anda menuju ke Syurga.. amin

Sehingga bertemu kembali.. selamat beramal jariah dan selamat menuntut ilmu.

ingatlah ILMU TANPA AMAL ADALAH SIA-SIA…

Wallahu A’lam

Advertisements

Kemajuan Terkini 25hb Jun 2012

Assalamualaikum wbkth…

Berjumpa lagi dalam kesibukan kerja2 harian kita.. janganlah kita lupa untuk berdakwah dan beramal untuk bekalan hari kemudian.

Dalam posting serba ringkas ini ingin kami majukan laporan kemajuan pembinaan untuk tatapan pengunjung, penderma dan penyokong amal2 islami sekalian

Pandangan Keseluruhan Surau dari arah Jalan Masuk

Menara Sedang dalam Pembinaan

Pandangan Arah Mimbar...

Banyak lagi kerja-kerja yang sedang rancak berjalan sekarang.. seperti lantai ruang solat dan anjung koridor sedang diratakan, dinding dalam sedang di cat, pemasangan DB untuk kerja-kerja elektrik serta kerja akhir bumbung sedang berjalan.

Apa lagi yang kami perlukan… keperluan barangan elektrik… hulurkan bantuan anda pada jalan Allah… jangan ragu2 akan pulangannya yang Allah telah janjikan..

Semoga bertemu kembali… wallahu a’lam..

Wassalam.

Perkembangan Semasa

Salam, selamat bertemu kembali kepada semua pembaca dan penderma budiman sekalian. Semalam, bermula pemasangan bingkai tingkap bawah dan tingkap atas, nampaknya ada sedikit kesilapan yang mesti diperbetulkan oleh kontraktor. Tingkap bawah dan atas semestinya pada jajaran yang sama tepat nanti siap nampa tak selaras… hari ini kontraktor kena bukak dan pasang balik..

Kerja bumbung sudahpun bermula, sekarang dalam proses penyediaan lukisan kerja.. lukisan ini dapat memastikan sebarang masalah semasa pembinaan dan semasa pemasangan kelak. Lukisan ini juga hendaklah memastikan semua detail dimasukkan termasuk detail bangunan dalam segi kelebaran siap bina untuk memastikan bumbung yang dibina kelak sepadan dengan keluasan sebenar siap bina bangunan.

Pembelian bahan dalam proses kerana difahamkan pihak kontraktor telahpun mendapat dana yang disumbangkan oleh penderma senyap.

Alhamdulillah.. syukur juga petemuan dengan Pengarah UPEN Negeri Selangor berjalan lancar dan ada kes yang kuat untuk diselesaikan dengan segera.. bagi mereka masa 3 minggu lagi.

Selebihnya… kami berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah. moga surau ini dapat digunakan bermulanya Ramadhan 1433 tahun ini… Aminnn

Wassalam.. jumpa lagi

Derma Terbaru RM30k dan Pembinaan Bumbung Surau

Assalamualaikum wbkth….

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan penderma budiman. Moga hari ini dan hari2 mendatang and akan terus berada dalam rahnat-Nya senantiasa.

Untuk makluman semua, kami telah menerima derma sebanyak RM30 ribu dari seorang penderma (derma kedua) untuk surau kami. Alhamdulillah syukur. Dana terkumpul keseluruhan telahpun mencecah RM530 ribu dan insya Allah akan terus meningkat. Seperkara lagi, semalam kami mendapat perkhabaran gembira bahawa seorang penderma akan membiayai keseluruhan pembinaan bumbung surau. Derma ini adalah dari usaha kontraktor pertama kami Caliph Construction, juga atas permintaan penderma tersebut, kerja-kerja bumbung ini akan dibuat dan dipasang oleh Caliph Construction juga.

Dengan dua perkembangan terbaru ini, tiada apa lagi yangdapt kami ucapkan melainkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang memudahkan urusan kami sehingga kini.

Kami masih lagi mencari jalan penyelesaian di atas janji2 MB Selangot untuk membiayai bekalan bahan-bahan pembinaan untuk surau kami sebagaimana yang diumumkan beliau pada majlis penentuan arah kiblat dan upacara pecah tanah pada 19hb Jun 2010 yang lepas. Dah lama dah… tapi janji tetap janji… wajib dikotakan, tambahan lagi sebagai pemimpin tertinggi Negeri Selangor ini sendiri.

Kami serahkan kembali kepada rahmat Allah, moga perbincangan dengan pihak UPEn menemui jalan singkat, dan kami akan dapat menyiapkan pembinaan keseluruhan Surau ini sebelum Ramadhan 1433 ini dan menduduki untuk pertama kalinya pada Awal Ramadhan 1433. Insya Allah. Amin ya Rabbal Alaminnnn

Moga bertemu kembali.

Wallahua’lam.

Kemaskini Kemajuan Pembinaan…

Assalamualaikum wbkt..

Salam sejahtera, moga keimanan anda dan saya sentiasa meningkat sebanding dengan meningkatnya usia kita… nabi s.w. pernah bersabda kepada Muaz; janganlah kamu tinggalkan doa ini setiap kali lepas solat ” Allah humma inni ala zikrika wa syukrika wa husnu idadatikh”..

Untuk posting kali ini sukalah dimaklumkan bahawa pembinaan surau Al-Qayyum yang baru di atas tapak kekal sedang berjalan dengan lancar sekali. Berikut di majukan gambar pembinaan terkini iaitu pada 12.10.2011 untuk tatapan semua.

Pandangan Dari Arah Menara

 

Pandangan Dari Menara

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan peminaan ini terutamanya¬†kepada para dermawan sekalian.. anda bila lagi tuan… dan kepada semua AJK yang bertungkus lumus untuk mencari dana yang diperlukan. matlamat kita untuk meneruskan fasa 2 pembinaan iaitu penyiapan bangunan termasuk kerja batu bata dan penyudahan arkitek.. Jadilah sebahagian dari mereka yang bersama-sama membina rumah Allah ini…

Jangan pandang sedikit derma yang anda sumbangkan tapi pandanglah usaha anda itu yang tiada ternilai dibandingkan dengan mereka yang hanya tahu berkata men mengata…

Wassalam..