Kerja Pemasangan Struktur Bumbung Telah Bermula…

Assalamualaikum wbkt..

Salam sejahtera semua..
Alhamdulillah setelah hampir sebulan kerja-kerja pembinaan struktur bumbung dimulakan, pada hari Jumaat 20hb 4 2012, kerja-kerja pemasangan bumbung telah dijalankan. Pemilihan hari Jumaat juga untuk mendapat hari yang terbaik diantara hari-hari dalam seminggu.

Berikut disisipkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

Kerja-kerja Pemasangan Struktur Bumbung

Pemasangan Bumbung - Sambungan Pertama
Sambungan Struktur Utama - Selesai

Kami masih lagi memerlukan sedikit sumbangan untuk keperluan peralatan seperti lampu, kipas dan untuk kerja-kerja luar seperti jalan masuk dan tempat letak kereta… semua kerja ini dianggarkan dalam lingkungan RM50 ribu lagi. Untuk itu sumbangan berterusan dari pembaca masih kami perlukan… dengan progress semasa, kami amat yakin bahawa surau ini akan dapat disiapkan dan digunakan pada awal Ramadhan ini.. Insyaallah…

Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah sentiasa… dermalah untuk jalan Allah walau sedikit, kerana yang sedikit inilah yang akan menjadi berganda diakhirat kelak.

Sehingga bertemu kembali..

Wassalam

Tiada Peruntukan Dari UPEN Selangor (Ada janji… pada 30.03.2012)

Salam Sejahtera….

Petang semalam kami menerima surat dari UPEN memaklumkan bahawa bantuan kewangan yang dijanjikan oleh MB Selangor tidak dapat disalurkan melalui UPEN.

Maknanya.. MB Selangor kena cari sumber lain pula selepas, Yayasan Selangor, UPEN dan Zakat menemui jalan buntu.. Persoalannya.. sampai bila dan agensi Kerajaan Negeri yang manakah mahu digunakan untuk penyaluran dana sebagaimana yang telah dijanjikan pada 19hb Jun 2010 yang lepas????

Berapa lama lagi kami harus menunggu? Jawablah wahai Dato’ MB…

Makluman tambahan : Pihak AJK telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ MB Selangor bahawa kami telah merancang untuk mengadakan bantahan UMUM melalui Aduan Rakyat TV3 pada 01.04.2012 Ahad di Tapak Surau Baharu sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak Dato’ Menteri Besar Selangor dalam tempoh 1 minggu dari sekarang…

Update Terkini: Petang tadi perkhabaran gembira muncul dengan pihak UPEN menarik balik surat tersebut dan bersetuju untuk menyumbang untuk penyiapan surau sehingga RM300 ribu. Tujuan makluman ini diletakkan di blog ini adalah sebagai bukti JANJI dan pihak pembaca dapat menunggu pengakhir ceritanya kelak… wassalam.

Ada Cahaya Di Hujung Sana….

Assalamualaukum…

Jumaat lepas kami dipanggil untuk membentangkan cadangan pembinaan surau ini ke salah satu agensi Kerajaan Negeri Selangor… agensi yang mana tu??? kami rahsiakan dululah.. kerana perbincangan dan jalan kerja masih belum muktamad…

Dalam perbincangan lebih kurang setengah jam itu – pihak mereka bersetuju membantu kami untuk menanggung kos Bahan Binaan.. apa yang dapat kami ucapkan adalah Alhamdulillah…

Selepas itu kami ke Pejabat Tanah Dan Daerah Klang, berjumpa pula dengan Orang Besar Daerah.. OBD menasihatkan kami supaya mengumpul sekurang-kurangnya RM350 ribu untuk upah kerja dan kontrak. Banyak lagi tu, kerana buat masa ini jumpah terkumpul hanya mencecah RM90 ribu sahaja..

Terima kasih kepada semua yang membantu. Peluang beramal dan menderma masih luas terbuka. Hubungi AJK maki untuk tujuan murni ini.

Terima kasih – jumpa lagi. Wassalam

Ramadhan dan kita…

Salam sejahtera semua..

Hari ini 7 Ramadhan 1431, dah seminggu kita berpuasa, bertaraweh dan bertadarrus. Seperti juga pada tahun-tahun yang lepas, bilangan jamaah ke surau makin berkurang. Surau kami tidak terkecuali, kalau dulu hampir penuh surau dengan keluasan 60x60kaki itu… tapi sekarang telah berkurang hampir 60%…

Entah apa yang difikirkan oleh para jamaah sekalian, ummat Islam disekeliling kita.. kenapa hanya bersemangat pada awal Ramadhan.?? Sedangkan kelebihan dan fadzilat Ramadhan bertambah mendekati akhir Ramadhan hingga ke malan 1 Syawal..

Bulan Ramadhan bulan yang mulia ini akan terdapat didalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Carilah ia semoga kita mendapat keberkatannya.
Tambahkanlah sedekah pada bulan yang mulia ini, berilah makanan untuk orang berbuka dan lebihkanlah bacaan Al-Quran.

Ingat, ramai yang telah pergi meninggalkan kita sebelum tibanya Ramadhan ini, dan kita berdoa moga kita juga dapat bertemu dan beribadah lagi pada Ramadhan yang akan datang. Dan.. yang lebih utama .. isilah Ramadhan ini dengan segala amal ibadat kerana kita belum tentu lagi akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Beramal jariahlah dengan menderma ke dalam tabung pembinaan surau kami seperti maklumat bank yang telah disertakan.

Wassalam dan jumpa lagi.

Ramadhan Bakal Tiba

Salam sejahtera untuk pengunjung budiman…

Bulan mulia penuh berkat Ramadhan al karim bakal menjelma sedikit masa lagi… lebih kurang 2 minggu lagi… apakah persedian saudara semua? Eheh… kalau nak kawin dah sedia setahun awal… atau 6 bulan awal, napa tak untuk menyambut Ramadhan??? Bersedialah dengan jiwa yang tenang, dengan raga yang bersih.. sambutlah Ramadhan dengan penuh kesyukuran kepada Allah swt. Ingatlah tidak semua yang dapat menyambut Ramadhan yang telah ditinggal setahun lalu, ramai di antara yang kita kenal telah pergi ke alam baka…

Saudara semua,
Kami juga ingin menyeru saudara agar dapat perbanyakkan bersedekah.. beramal jariah. Hulurkanlah sedikit sebanyak kedalam Tabung Pembinaan Surau kami.. Entah bila dapat kami menyambut Ramadhan dalam surau baharu. Tahun depan mungkin.. Insyaallah.

Sekiranya saudara ingin melangsaikan zakat tahunan persilakanlah, masukkan dalam akau, kami akan menghantarkan resit bayaran. Tinggalkan pesanan dalam komen – Nama dan alamat lengkap anda. Bantuan anda amat amat kami hargai, semoga mendapat balasan syurga dari Allah swt kelak. Amin… perkenankanlah doa kami ya Allah…

Bermulalah Langkah Nan Seribu…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pembaca/ pengunjung budiman.

Anda terjumpa atau memang sengaja memasuki blog ini, kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih.

Buat semua, blog ini kami wujudkan untuk menyediakan satu platform maya untuk berinteraksi dan juga mengikuti perkembangan proses pembinaan surau baru kami, Surau Al-Qayyum, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Keperluan sebuah surau baru amat mendesak dengan surau sementara hanya beroperasi dalam empat lot kedai yang kurang selesa. Pengudaraan yang semestinya tidak seberapa sempurna dengan ruang yang terkurung. Tambah mendesak ialah untuk solat jumaat, para jamaah agak tidak selesa dalam ruang yang terkurung dan kepadatan yg tinggi.

Usaha tanpa mengira penat lelah kami, akhirnya pada 14 September 2009, kami mendapat kelulusan pembinaan surau baru dari Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dan dengan ini proses pembinaan mesti dimulakan dengan segera.

Dengan niat yang suci inilah, kami akan bergerak mencari dana sumbangan dalam apa jua bentuk samada kewangan, bahan binaan dan kelengkapan surau dari para penderma budiman sekalian.

Sila hubungi kami untuk mendapat penerangan lanjut serta proses menyalurkan derma yang dihajatkan. Sumbangan ikhlas dari semua moga diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t kelak.

Pengerusi – En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 687 4385

Naib Pengerusi – En Jaafar Juhari 016 6501 184

Setiausaha – En Khaszemi Mohd Yakim 019 337 6927

Bendahari – En Mohd Riza Mohd Yusoff 012 308 0362

Ketua Imam – Ustaz Hj Mansoor Keliwoon 012 9340 643

Imam Muda – En Mohd Zuraidi Komari 012 2510 981

Sehingga bertemu lagi, wassalam