Arkitek Impression..

Assalamualaikum wbkth..

Setelah menunggu hampir 3 minggu, kami sertakan di sini gambaran perspektif dan pemilihan kod warna yang dicadangkan oleh pihak MZD Arkitek untuk tatapan semua pengunjung..

Pandangan Hadapan dan Belakang..

Pandangan Perspektif Surau ..

Apa komen anda atau apa cadangan anda ???

Berbagai Dugaan Menimpa Kami …. datangnya pertolongan dari ALLAH jua

Assalamualaimum wbkt..

Salam sejahtera untuk para pembaca budiman serta penderma yang baik hati.. dan yang akan menderma selepas membaca blog ini… jangan malu2 untuk berbakti dan beramal jariah..

Petang semalam, kami dikejutkan dengan satu panggilan telipon daripada kontraktor, beliau memohon maaf kerana berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan… “kontraktor bumbung saya nak mintak tambahan RM20 ribu lagi lah En Riza”.. ” Apa yang harus saya buat”, katanya… saya kata.. “Mana boleh macam ni, harga tu kira dah satu kali ganda dari harga yang kita telah setuju”.. selepas berbincang panjang lebar, malamnya satu sms saya terima.. “Mereka setuju menurunkan harga tambahan kepada Rm18ribu”.. saya kata “Jangan layan… saya akan usahakan mencari orang lain..”

Pening kepala memikirkan betapa dugaan dan ujian terus menimpa kami sepanjang mengusahakan pembinaan surau ini… kontraktor lari dengan wang deposit yang belum dipulangkan… kerenah itu ini.. dan terbaru yang ni… itulah ujian Allah.. kami rehda..

Malam tu jugak saya mula mencari pengganti, pagi tadi Alhamdulillah.. seorang kawan sanggup mengerahkan pekerja dan peralatan untuk bekerja pada hujung minggu (Ahad) sahaja tanpa mengenakan sebarang bayaran.. Alhamdulillah.. terima kasih Allah… di saat kami memerlukan.. datang jua pertolonganMu…

Kami serahkan kepada kontraktor terbabit untuk meneruskan pembinaan bumbung… mungkin agak tergendala atau terlewat sedikit progress pembinaan/ pemasangan bumbung.. namun pembinaan akan terus berjalan…

Terima kasih kepada Aker Solution melalui En Nizam untuk bantuan yang bakal meneruskan pembinaan Bumbung surau kami..

Sekian, wassalam

Jumpa lagi

Kemaskini… Januari 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Tapak Surau kami telah memulakan kerja merata tanah dan manambak tanah merah. Kerja-kerja ini telah mengambil masa selama 3 hari dan upah jentolak sebanyak RM850 untuk 2 hari setengah dan kos tanah sebanyak RM8,500 untuk 30 lori.

Kami jugak telah dapat meningkatkan jumlah kutipan kepada RM225 ribu dengan derma terbaru diterima adalah sebanyak RM58 ribu dan RM83 ribu dari dua orang penderma budiman. Moga Allah membalas syurga bagi mereka berdua dan juga penderma lain.

Anda bila lagi? Bantulah kami dan bantulah Islam untuk terus kukuh di bumi Malaysia ini.

Wassalam

Derma Mula Masuk Melalui Blog….

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, derma mula masuk melalui blog surau ini… terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima lasih kepada penderma budiman..

Sebenarnya ianya mula masuk pada pertengahan bulan Januari 2010, tetapi menyepi pada bulan Feb dan Mac, bermula bulan 4 ianya masuk mendadak… RM1010 semuanya… bulan Mei ini pun dah ada masuk RM100 tadi… tahniah kepada yang sedar akan tanggungjawab ini.

Derma ini bukan untuk kami dari segi hakikatnya.. ianya untuk anda.. untuk bekalan anda menuju negeri abadi. Bagi yang sedar.. tiada apa nilai harta di dunia untuk disimpan. Simpanlah untuk hari akhirat anda…

Jumlah keseluruhan kasar derma setakat ini adalah RM60,000.00 daripada sasaran kos keseluruhan RM900,000.00.

Masih jauh perjalanan ini…

Countdown… 98 hari lagi…

Salam sejahtera…

98 hari lagi untuk satu sejarah tercipta..
98 hari lagi untuk satu tanda aras termatri..
98 hari lagi untuk satu lagi rumah Allah tertegak…
98 hari lagi untuk merealisasikan impian penduduk Bandar Armada Putra..
Ya 98 hari sahaja lagi untuk kami mengumpulkan dana untuk pembinaan ini untuk melihat berjaya atau gagalnya usaha kami selama ini untuk menegakkan sebuah surau baru impian seluruh penduduk Bandar Armada Putra.

Insyaallah, jika perancangan kami diizinkan Allah, pada 19hb Jun kelak, akan kami mulakan CERUCUK ASAS pertama surau kami. YAB Menteri Besar Selangor telah menyatakan kesudian untuk memulakan acara menanam cerucuk pertama tersebut. Tarikh telah ditempah. Diary telah dicatat. Agenda telah diaturkan..

Nantikan tarikh itu, dan untuk sekian kalinya, kami amat mengharapakn sokongan dan bantuan tuan-tuan semua untuk sama-sama menjayakan majlis itu nanti. Untuk itu, sumbangan untuk mendirikan surau masih terbuka, silalah berhubung dengan kami atau terus sahaja Bank-in jumlah sumbangan anda kedalam akaun seperti yang tertera di bar sisi..

Sehinggan bertemu kembali.. wassalam

Amplifier Baru dan Kuliah Hadis 17-01-10

Assalamualaikum wbkt..

Hasil dari duit sumbangan orangramai termasuk kutipan jumaat, dapatlah dibeli sebuah PA baru pada Sabtu 16-01-10, jenama InterM, canggih la jugak, dan memandangkan kami akan membina sebuah surau baharu, maka pada mesyuarat AJK pada 15-01-10, memutuskan untuk membeli PA sistem baru menggantikan yang lama peninggalan Kolej INPENS – dah mula rosak seminggu lepas sebenarnya.

Dan, kuliah Hadis oleh Ustaz Hj. Mansoor, Ketua Imam kami pada 17hb malam tadi merupakan kuliah yang pertama menggunakan PA sistem baru ini, bergema seluruh Bandar Armada Putra, jelas tak jejas suara.. berduyun-duyun para jamaah datang. Kata ustaz, yang tak datang tu memang tidak mahu datang.

Tahniak AJK semua dan terimakasih kepada semua penyumbang atau penderma.. Jazakallahu khairan kathiraa…

Wassalam

Aliran Masuk Agak Lembab….

Salam sejahtera,

Apa khabar semua, semoga mendapat keberkatan yang berpanjangan dari ALlah sempena tahun baru Hijrah dan terbaru tahun baru Masehi..

Perkembangan aliran masuk dana pembinaan yang dilancarkan agak lembab, entahlah dimana silapnya.. dengan kantong hanya tinggal RM2,000 selepas ditolak kos percetakan resit-resit derma bernilai RM10 dan RM5, kebenaran pungutan derma dari Jais pula tertangguh.

Kami terpaksa bergerak secara sir.. senyap-senyap untuk mengutip derma awal, setidaknya kos untuk mendapatkan kelulusan pelan dari MPK sebanyak RM3,700 dapat disegerakan.

Kami berharap ada insan mulia akan tanpil memberikan sumbangan untuk fasa pertama ini – iaitu kelulusan pelan bangunan.

Sila berhubung dengan AJK yang tersenarai untuk tujuan murni tuan tersebut.

Wassalam.

Previous Older Entries