Jadual Kuliah Bulan Okt 2012

Assalamualaikum wbkt…

Salam sejahtera kepada semua pembaca budinan. Anda dah menderma untuk pembangunan surau kami? Belum? Berbuatlah demikian dengan memindah wang kedalam akaun kami seperti ruangan sebelah.. kerana apa? kerana masa hidup yang singkat dan saat kematian tidak kita ketahui. Amat rugi sekiranya kita bertangguh dalam mengekuarkan amal jariah… kerana belum tentu esok untuk kita..

Disamping itu, tuntulah ilmu untuk akhirat dan untuk beramal untuk dunia dan akhirat.. kami menyediakan kuliah2 berkala berkitab dan bersumber seperti berikut:

1.0 Ust Rosli Md Zin Al Quran Talaqqi Isnin mlm Selasa 01-10-2012
2.0 Ust Shafiq Dato Rosley Aqidah Khamis mlm jumaat 04-10-2012
3.0 Ust mansoor Keliwon Hadis 40 Rabu mlm Khamis 10-10-2012
4.0 Ust Rosli Md Zin Al Quran Talaqqi Jumaat mlm Sabtu 12-10-2012
5.0 Ust Yusof Mohamed Muniatul Musollin Jumaat mlm Sabtu 19-10-2012
6.0 Ust Saud Sirrus Salikin Isnin mlm Selasa 23-10-2012
7.0 Ust Rizaki Kuliah Tafsir Khamis mlm Jumaat 25-10-2012

Semoga dapat bersama menyertai dan menimba ilmu.. sibukkan diri anda untuk kerja-kerja akhirat. Ali ra. pernah berkata, selangkah ke majlis ILMU, seperti selangkah anda menuju ke Syurga.. amin

Sehingga bertemu kembali.. selamat beramal jariah dan selamat menuntut ilmu.

ingatlah ILMU TANPA AMAL ADALAH SIA-SIA…

Wallahu A’lam

Pemindahan Masuk Surau Baru…

Assalamulaikum wbkt…

Salam sejahtera untuk pembaca budiman.. tak lupa juga untuk semua penderma dan bakal penderma untk menyiapkan surau kami nii…

Setelah berhempas pulas berusaha mencari tabungan dan membina serta menyiapkan surau ini… kami dengan ini ingin memaklumkan dan menjemput semua pembaca, penderma dan penyokong kami dalam menjayakan pembinaan surau ini ke kenduri doa selamat dan memulakan Ramadhan 1433 di surau baru yang kami bina ini. Marilah sama-sama merasai suasana baru dan melihat sendiri hasil sumbangan yang telah saudara/i tuan puan hulurkan.

Kami amat berbangga dengan terbinanya surau ini dan siapnya surau ini bukanlah dari pihak AJK sahaja malahan sumbangan terbesar yang mencecah RM900 ribu lebih adalah semuanya datang dari tuan puan sekalian.

Apalah yang kami dapat berikan sebagai penghargaan di atas sumbangan tersebut, namum kami ada ALlah yang mengetahui niat murni tuap puan dan kepadaNya jualah kami memohon agar Allah menerima sumbangan derma tersebit sebagai AMAL JARIAH di sisinya dan berikanlah pahala yang beterusan untuk semuanya. Amin.. amin ya ALLAH…

Untuk pengetahuan, rancangan kami sekiranya siap sepenuhnya, pada Sabtu Malam Ahad 21hb Julai ini, perpindahan resmi ke surau baru ini akan terlaksana. Jemputlah semua ke sana. Kami tak mampu menjemput seorang demi seorang…

Wallahu A’lam…

Jumpa lagi

Arkitek Impression..

Assalamualaikum wbkth..

Setelah menunggu hampir 3 minggu, kami sertakan di sini gambaran perspektif dan pemilihan kod warna yang dicadangkan oleh pihak MZD Arkitek untuk tatapan semua pengunjung..

Pandangan Hadapan dan Belakang..

Pandangan Perspektif Surau ..

Apa komen anda atau apa cadangan anda ???

Mencari Penderma Tegar….

Assalamualaikum wbkt..

Selamat bertemu kembali. Nampaknya jalan kami seakan amat sukar sekarang setelah makluman awal kami terima bahawa KERAJAAN NEGARI SELANGOR berkemungkinan besar TIDAK akan membiayai pembinaan surau AL-Qayyum ini walaupun telah dijanjikan sendiri oleh YAB Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim..

Secara rasmi kami masih belum menerima makluman bertulis, namun makluman lisan seakan menyentap jantung kalbu kami semua..

Kami akan tunggu dan lihat, apakah benar perkhabaran yg kami terima semalam itu dan sekiranya benar… nantilah tindakan drastik dari kami semua. Tunggulah…

Namun begitu, usaha akan terus kami giatkan, RM350 ribu bukan besar nilainya sekiranya ada jalan dan dimudahkan Allah. Dimanakah penderma tegar yang sanggup menderma ratusan ribu ringgit? Dimanakah??

Moga dimudahkan urusan kami.. moga terdorong hati org yang beriman untuk menderma.. moga surau kami dapat disiapkan secepat mungkin..

Amin

Salam ukhuwwah

Perkembangan Semasa

Salam, selamat bertemu kembali kepada semua pembaca dan penderma budiman sekalian. Semalam, bermula pemasangan bingkai tingkap bawah dan tingkap atas, nampaknya ada sedikit kesilapan yang mesti diperbetulkan oleh kontraktor. Tingkap bawah dan atas semestinya pada jajaran yang sama tepat nanti siap nampa tak selaras… hari ini kontraktor kena bukak dan pasang balik..

Kerja bumbung sudahpun bermula, sekarang dalam proses penyediaan lukisan kerja.. lukisan ini dapat memastikan sebarang masalah semasa pembinaan dan semasa pemasangan kelak. Lukisan ini juga hendaklah memastikan semua detail dimasukkan termasuk detail bangunan dalam segi kelebaran siap bina untuk memastikan bumbung yang dibina kelak sepadan dengan keluasan sebenar siap bina bangunan.

Pembelian bahan dalam proses kerana difahamkan pihak kontraktor telahpun mendapat dana yang disumbangkan oleh penderma senyap.

Alhamdulillah.. syukur juga petemuan dengan Pengarah UPEN Negeri Selangor berjalan lancar dan ada kes yang kuat untuk diselesaikan dengan segera.. bagi mereka masa 3 minggu lagi.

Selebihnya… kami berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah. moga surau ini dapat digunakan bermulanya Ramadhan 1433 tahun ini… Aminnn

Wassalam.. jumpa lagi

Kemajuan Bulan Jan 2012

Assalamualaikum wbkt..

Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Kami lampirkan bersama posting kali ini adalah gambar kemajuan pembinaan terbaru iaitu pada akhir bulan Januari 2012 untuk tatapan semua para penderma dan bakal penderma. Inilah sebagai bukti kemana perginya wang yang telah tuan-tuan sumbangkan selama ini.

Kemajuan Terkini Pada 21hb Jan 2012

Kelihatan hampir 80 peratus batu bata telah pun diikat terutamanya untuk frame tingkap, pintu dan sisip angin.

Kami sedang berusaha untuk mengumpul dana pembinaan sebanyak RM100 dalam masa terdekat untuk kerja-kerja bumbung. dan dana keseluruhan yang masih diperlukan lagi adalah sebanyak RM350 ribu ringgit lagi.

Mohon sumbangan daripada anda semua, tak kira org biasa, wakil rakyat atau sesiapa saja.. mendermalah untuk hari depan anda… bekalan akhirat

Sekian, wallahu’alam..

Jumpa lagi

Memulakan Fasa 2 Pembinaan Surau

Assalamualaikum wbkt.

Salam sejahtera dan selamat berjumpa lagi.
Insyaallah pada akhir bulan ini Fasa 1 Pembinaan yang melibatkan pembinaan struktur asas bangunan termasuk RC Frame dan semua kerja-kerja yang melibat penggunaan konkrit akan siap sepenuhnya.

 

Gambar terkini pada 12-10-2011

Kami amat2 berharap selepas dari tarikh itu, kontraktor fasa 2, iaitu untuk kerja2 bumbung dan penyiapan keseluruhan binaan surau dapat memulakan kerja2 mereka selewat2nya pada pertengahan bulan 11 ini.

Namum begitu, Dana yang kami ada telah menyusut sehingga kurang dari RM10 ribu, selepas dibayar untuk kerja2 dalam fasa 1. Janji derma dari yang berjanji masih belum diterima. Oleh itu, kami memohon sumbangan jariah yang berterusan dari pada pembaca semua. Target kami untuk Fasa 2 ini, tidak kurang dari RM350 ribu diperlukan. Ayuh, infakkan sedikit dari harta dan wang saudara/i untuk jalan Allah.

Peluang yang ada usah dilepaskan. Bila maut menjelma, tertutuplah segala hajat dan terlepaslah peluang ini.

Menderma juga akan mengurangkan sikap bakhil kita, sikap sayangkan harta yang tidak dapat dibawa ke dalam kubur.

Wallahu a’lam

Wassalam, jumpa lagi

Previous Older Entries