Surau Dinaikkan ke Taraf MASJID…

Salam sejahtera semua pembica dan penderma budiman,

Untuk makluman semua, Surau Al-Qayyum telah dinaikkan taraf kepada sebuah Masjid Kariah berkuatkuasa pada 20hb Nov. 2012. Kesyukuran kami panjatkan kehadal ALLAH swt kerana memakbulkan doa dan permintaan kami. Dengan kelulusan dari JAIS ini, Masjid kami akan mengorak langkah dengan lebih yakin dan di antaranya akan menambahkan bilangan kuliah bulanan dan akan menghantar wakil untuk kursus pengurusan jenazah, jurunikah dan kursus2 yang yang berkaitan.

Namum begitu, pembangunan infrastruktur juga harus dititik beratkan kerana buat masa ini para Jemaah Jumaat telah melimpah ke kawasan anjung depan dan pakir kereta..

Kami mengalukan sumbangan dan derma amal jariah dari semua..

Wasalam.. jumpa lagi

Mencari Penderma Tegar….

Assalamualaikum wbkt..

Selamat bertemu kembali. Nampaknya jalan kami seakan amat sukar sekarang setelah makluman awal kami terima bahawa KERAJAAN NEGARI SELANGOR berkemungkinan besar TIDAK akan membiayai pembinaan surau AL-Qayyum ini walaupun telah dijanjikan sendiri oleh YAB Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim..

Secara rasmi kami masih belum menerima makluman bertulis, namun makluman lisan seakan menyentap jantung kalbu kami semua..

Kami akan tunggu dan lihat, apakah benar perkhabaran yg kami terima semalam itu dan sekiranya benar… nantilah tindakan drastik dari kami semua. Tunggulah…

Namun begitu, usaha akan terus kami giatkan, RM350 ribu bukan besar nilainya sekiranya ada jalan dan dimudahkan Allah. Dimanakah penderma tegar yang sanggup menderma ratusan ribu ringgit? Dimanakah??

Moga dimudahkan urusan kami.. moga terdorong hati org yang beriman untuk menderma.. moga surau kami dapat disiapkan secepat mungkin..

Amin

Salam ukhuwwah

Kemajuan Pembinaan

Assalamualaikum wblt.

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung budiman semua.
Alhamdulillah, kemajuan kerja-kerja pembinaan adalah lancar dan mengikut jadual asal. Setakat hari ini, 50% pembinaan sudah sampai kepada aras tanah iaitu ground beam, setelah kerja-kerja piling, pilecap dan stump siap dibina. Sebahagian lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka akan mengambil masa 2 minggu lagi untuk menyiapkan aras tanah sepenuhnya. Dijangka tiang dan rasuk bumbung akan mengambil masa selama 2 minggu berikutnya dan dijangka siap pada pertengahan Ramadhan nanti.

Apa yang akan melambatkan proses pembinaan ini adalah ketidakcukupan dana. Buat masa ini RM100,000.00 telah dikeluarkan dan dibayar kepada kontrektor. Baki dana sebanyak RM150,000.00 lagi dijangka akan dikeluarkan untuk pembayaran kerja-kerja tiang , rasuk aras bumbung dan lantai konkrit. Oleh itu kami amat2 memerlukan sumbangan dana yang berterusan dari saudara-saudara semua dan ambillah kesempatan Ramadhan yang mulia ini untuk memperbanyakkan amal jariah pembinaan surau kami ini.

Sehingga berjumpa lagi.

Tampak Surau..

Salam Sejahtera..

Dikempilkan bersama Pelan Tampak Surau untuk tatapan semua.

Cetakan resit derma untuk RM5, RM10 dan Resit Resmi untuk sumbangan pembinaan surau telah siap dicetak. Pihak AJK akan mengemukakan kepada pihak JAIS untuk urusan pengesahan dan chop resmi JAIS. Insyaall sedikit masa lagi, pungutan akan dimulakan dalam skala yang lebih besar demi untuk mengutip dana pembinaan.

Selamat menderma untuk bekalan hari akhirat kita.

Peluang Telah Dibuka…

Assalamualaikum…
Peluang kini telah dibuka untuk sesiapa sahaja untuk menghulurkan derma ikhlas – iaitu derma Amal Jariah. Sangat besar pahala menderma untuk pembinaan surau atau masjid yang mana pahalanya akan berterusan selagi ada manusia yang menggunakannya.

ingatlah tiga benda yang tidak terputus selepas kematian umat islam adalah salah satu darinya adalah amal jariah yang dilakukannya semasa hidup. Pahala yang berterusan akan diterimanya saban malam dari pengguna dengan izin-Nya.

Marilah menderma…

Bermulalah Langkah Nan Seribu…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pembaca/ pengunjung budiman.

Anda terjumpa atau memang sengaja memasuki blog ini, kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih.

Buat semua, blog ini kami wujudkan untuk menyediakan satu platform maya untuk berinteraksi dan juga mengikuti perkembangan proses pembinaan surau baru kami, Surau Al-Qayyum, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Keperluan sebuah surau baru amat mendesak dengan surau sementara hanya beroperasi dalam empat lot kedai yang kurang selesa. Pengudaraan yang semestinya tidak seberapa sempurna dengan ruang yang terkurung. Tambah mendesak ialah untuk solat jumaat, para jamaah agak tidak selesa dalam ruang yang terkurung dan kepadatan yg tinggi.

Usaha tanpa mengira penat lelah kami, akhirnya pada 14 September 2009, kami mendapat kelulusan pembinaan surau baru dari Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dan dengan ini proses pembinaan mesti dimulakan dengan segera.

Dengan niat yang suci inilah, kami akan bergerak mencari dana sumbangan dalam apa jua bentuk samada kewangan, bahan binaan dan kelengkapan surau dari para penderma budiman sekalian.

Sila hubungi kami untuk mendapat penerangan lanjut serta proses menyalurkan derma yang dihajatkan. Sumbangan ikhlas dari semua moga diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t kelak.

Pengerusi – En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 687 4385

Naib Pengerusi – En Jaafar Juhari 016 6501 184

Setiausaha – En Khaszemi Mohd Yakim 019 337 6927

Bendahari – En Mohd Riza Mohd Yusoff 012 308 0362

Ketua Imam – Ustaz Hj Mansoor Keliwoon 012 9340 643

Imam Muda – En Mohd Zuraidi Komari 012 2510 981

Sehingga bertemu lagi, wassalam