Malang Kami Bertimpa-timpa

Salam,

Semalam mendapat perkhabaran bahawa arkitek kami telah menarik diri dari dari projek pembinaan surau. Alasannya pembinaan dijalankan tanpa kelulusan pelan bangunan… nah apa nak kata.. itu yang dikehendaki sangat oleh AJK dan para dermawan, mana surau baru kami? Duit dah kami derma suraunya tak bina jugak… nah sekarang siapa yang susah.. kami jugak yang susah kena mencari arkitek baru untuk meneruskan proses kelulusan pelan bangunan.

Apapun kami amat berterima kasih kepada firma Arkitek Fajar, saudara Nazri dan Wan Hambali kerana jasa dan sumbangan yang telah diberikan dalam menjayakan proses sehingga setakat yang termampu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa tuan. kami hanya dapat berdoa yang terbaik untuk firma tuan.

Wake-up man… teruskan usaha untuk merealisasikan matlamat kita.. ayuh gabungkan tenaga – cari derma, bina sampai tegak dan sempurna..

Wassalam.