Majlis Perasmian Pembinaan Surau dan Penetapan Arah Kiblat

Salam sejahtera..

Alhamdulillah, majlis yang dirancang telah berjaya dilaksanakan pada 19hb Jun 2010. Kehadiran YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah membuka jalan ang luas untuk merealisasikan kehendak kami penduduk BAP untuk memiliki sebuah surau baharu.

Dalam ucapan beliau, Dato’ MB menyatakan sokongan kerajaan negeri dalam pembinaan surau ini dan berjanji untuk menyumbang keseluruhan bahan pembinaan surau. AJK dan penduduk menguruskan pembinaan dengan cara sub-pekerja dan mesin pembinaan sahaja.

Alhamdulillah, walaubagaimanapun.. ketepatan bahan binaan yang akan digunakan akan ditentukan dengan pengiraan oleh konsultant ukur bahan dan AJK Surau akan mengemukakan draf kiraan dan kertas cadangan dalam masa yang terdekat.

Terima kasih daun keladi Dato’ MB.

Tahniah juga kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.

Advertisements