Kemajuan Pembinaan

Assalamualaikum wblt.

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung budiman semua.
Alhamdulillah, kemajuan kerja-kerja pembinaan adalah lancar dan mengikut jadual asal. Setakat hari ini, 50% pembinaan sudah sampai kepada aras tanah iaitu ground beam, setelah kerja-kerja piling, pilecap dan stump siap dibina. Sebahagian lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka akan mengambil masa 2 minggu lagi untuk menyiapkan aras tanah sepenuhnya. Dijangka tiang dan rasuk bumbung akan mengambil masa selama 2 minggu berikutnya dan dijangka siap pada pertengahan Ramadhan nanti.

Apa yang akan melambatkan proses pembinaan ini adalah ketidakcukupan dana. Buat masa ini RM100,000.00 telah dikeluarkan dan dibayar kepada kontrektor. Baki dana sebanyak RM150,000.00 lagi dijangka akan dikeluarkan untuk pembayaran kerja-kerja tiang , rasuk aras bumbung dan lantai konkrit. Oleh itu kami amat2 memerlukan sumbangan dana yang berterusan dari saudara-saudara semua dan ambillah kesempatan Ramadhan yang mulia ini untuk memperbanyakkan amal jariah pembinaan surau kami ini.

Sehingga berjumpa lagi.

Advertisements

Ramadhan dan kita…

Salam sejahtera semua..

Hari ini 7 Ramadhan 1431, dah seminggu kita berpuasa, bertaraweh dan bertadarrus. Seperti juga pada tahun-tahun yang lepas, bilangan jamaah ke surau makin berkurang. Surau kami tidak terkecuali, kalau dulu hampir penuh surau dengan keluasan 60x60kaki itu… tapi sekarang telah berkurang hampir 60%…

Entah apa yang difikirkan oleh para jamaah sekalian, ummat Islam disekeliling kita.. kenapa hanya bersemangat pada awal Ramadhan.?? Sedangkan kelebihan dan fadzilat Ramadhan bertambah mendekati akhir Ramadhan hingga ke malan 1 Syawal..

Bulan Ramadhan bulan yang mulia ini akan terdapat didalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Carilah ia semoga kita mendapat keberkatannya.
Tambahkanlah sedekah pada bulan yang mulia ini, berilah makanan untuk orang berbuka dan lebihkanlah bacaan Al-Quran.

Ingat, ramai yang telah pergi meninggalkan kita sebelum tibanya Ramadhan ini, dan kita berdoa moga kita juga dapat bertemu dan beribadah lagi pada Ramadhan yang akan datang. Dan.. yang lebih utama .. isilah Ramadhan ini dengan segala amal ibadat kerana kita belum tentu lagi akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Beramal jariahlah dengan menderma ke dalam tabung pembinaan surau kami seperti maklumat bank yang telah disertakan.

Wassalam dan jumpa lagi.

Ramadhan Bakal Tiba

Salam sejahtera untuk pengunjung budiman…

Bulan mulia penuh berkat Ramadhan al karim bakal menjelma sedikit masa lagi… lebih kurang 2 minggu lagi… apakah persedian saudara semua? Eheh… kalau nak kawin dah sedia setahun awal… atau 6 bulan awal, napa tak untuk menyambut Ramadhan??? Bersedialah dengan jiwa yang tenang, dengan raga yang bersih.. sambutlah Ramadhan dengan penuh kesyukuran kepada Allah swt. Ingatlah tidak semua yang dapat menyambut Ramadhan yang telah ditinggal setahun lalu, ramai di antara yang kita kenal telah pergi ke alam baka…

Saudara semua,
Kami juga ingin menyeru saudara agar dapat perbanyakkan bersedekah.. beramal jariah. Hulurkanlah sedikit sebanyak kedalam Tabung Pembinaan Surau kami.. Entah bila dapat kami menyambut Ramadhan dalam surau baharu. Tahun depan mungkin.. Insyaallah.

Sekiranya saudara ingin melangsaikan zakat tahunan persilakanlah, masukkan dalam akau, kami akan menghantarkan resit bayaran. Tinggalkan pesanan dalam komen – Nama dan alamat lengkap anda. Bantuan anda amat amat kami hargai, semoga mendapat balasan syurga dari Allah swt kelak. Amin… perkenankanlah doa kami ya Allah…