Pencarian Penderma Korporat.

Assalamualaikum wbkt.

Salam sejahtera untuk semua pengunjung. Mungkin kami patut bergerak kepada penderma korporat sekiranya mahu tabung kami terisi dengan cepat. Benarkah begitu?

Sebenarnya, pada kami sumbangan individu itu lebih bermakna dalam meraih pahala amal jariah, ini kerana hubungan wang derma dan pahala adalah terus dan telus.

Ini bukan bermakna, sumbangan dari pihak koprat kami ketepikan. Sumbangan korporat adalah kami amat-amat harapkan terutama bila melihat kos yang tinggi untuk membina surau baharu.

Cuma, apa yang kami harapkan, sumber dari mana datangnya punca itu, kami benar-benar berharap ianya datang dari sumber yang halal, bersih.

Pada sesiapa yang tak mampu menderma buat masa ini, tetapi mengetahui atau ada hubungan rapat dengan dunia korporat dan tahu mana-mana badan atau syarikat yang ingin menderma, sila tinggalkan nama, pegawai terlibat dan alamat syarikat dalam ruangan komen dibawah. Kami amat menghargai apa saja sumbangan dari saudara semua.

Sekian terima kasih dan jumpa lagi.