Laporan Kemajuan Akhir April 2012

Assalamualaikum wbkt…

Disertakan laporan untuk bulan April 2012. Agak terlewat sedikit laporan ini daripada kebiasaan. Sekarang ini sedang dipasang batten untuk bumbung genting dan dianggarkan sekitar 6-7 hari diperlukan untuk menyiapkan pemasangan batten ini dan seterusnya kerja-kerja pemasangan bumbung tile. Mesyuarat telah sepakat untuk menggunakan tile bewarna kelabu gelap untuk bumbung.

Kemajuan Pembinaan Pada Akhir April 2012

Semalam dan dua hari lepas, cat asas pertama sudah mula disapu pada permukaan dinding, batten telah dimulakan disebelah bumbung menghadap kiblat dan kerja-kerja pemasangan saluran elektrik juga sedang giat dijalankan.

Beberapa gambar ini menunjukkan beberapa aktiviti di surau …

Kerja Plaster dan Kornic Bumbung Rata

Kerja-kerja Pemasangan Wiring dan Sesalur Elektrik

Tapak Plug

Upacara Pecah Tanah Dan Penetapan Arah Kiblat

Assalamualaikum wbkt..

Yang ditunggu hampir tiba. Upacara Pecah Tanah yang dirancang sejak enam bulan lalu akan tiba. Pada 19hb. Jun 2010, sabtu ini.

Semua persiapan sudah diperincikan. Mesyuarat terakhir pada rabu 16hb Jun telah memantapkan segala persiapan.

Semua dijemput hadir memeriahkan atucara yang dirancang. Sedikit perincian atucara seperti berikut:-

Sabtu 19hb Jun 2010

8.00 pg – Atucara Padang Bermula

10.00pg – Upacara Pecah Tanah & Penetapan Arah Kiblat akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor

8.50 mlm – Malam Kesenian Islam, jemputan utama kumpulan Inteam, wakil dari sekolah agama, kolej SEGi dan persembahan dari AJK surau.

20hb Jun 2010

8pagi – 5ptg – Acara Padang dan Karnival diteruskan untuk hari kedua.

4ptg – Acara Perasmian Penutup oleh Ahli Majlis Zon 46C. Hj IsmailĀ Arsat

Acara Padang: Futsal, Tarik Tali, Lambung Sayang, Bowling Padang, Dart dsb.

Jumpa anda di sana… Berhibur Sambil Menderma

Amplifier Baru dan Kuliah Hadis 17-01-10

Assalamualaikum wbkt..

Hasil dari duit sumbangan orangramai termasuk kutipan jumaat, dapatlah dibeli sebuah PA baru pada Sabtu 16-01-10, jenama InterM, canggih la jugak, dan memandangkan kami akan membina sebuah surau baharu, maka pada mesyuarat AJK pada 15-01-10, memutuskan untuk membeli PA sistem baru menggantikan yang lama peninggalan Kolej INPENS – dah mula rosak seminggu lepas sebenarnya.

Dan, kuliah Hadis oleh Ustaz Hj. Mansoor, Ketua Imam kami pada 17hb malam tadi merupakan kuliah yang pertama menggunakan PA sistem baru ini, bergema seluruh Bandar Armada Putra, jelas tak jejas suara.. berduyun-duyun para jamaah datang. Kata ustaz, yang tak datang tu memang tidak mahu datang.

Tahniak AJK semua dan terimakasih kepada semua penyumbang atau penderma.. Jazakallahu khairan kathiraa…

Wassalam