Usaha di tingkatkan lagi…

Assalamualaikum… selamat berjumpa lagi.

Usaha2 menambah dana pembinaan terus ditingkatkan lagi. Mulai beberapa minggu yang lepas, AJK yang berkelapangan akan turun ke masjid-masjid sekitar Kelang, Meru dan Shah Alam untuk memungut derma. Syabas dan Tahniah kami ucapkan kepada AJK yang terlibat dan terima kasih kepada penderma budiman. Aktiviti turun masjid ini akan kami pergiatkan lagi dalam masa cuti sekolah ini. Sasaran RM910 ribu masih jauh. Kutipan semasa adalah sekitar RM235 ribu. Pembinaan akan dimulakan pada pertengahan Jun 2011 nanti. Doakan kami berjaya dan sekali lagi bantuan kewangan dari anda semua amat kami harapkan.

Selamat menderma.