Pembinaan Sudah Dimulakan… Akaun Akhirat Anda Sedang Meningkat…


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung budiman,

Alhamdulillah kesyukuran kami panjatkan kepada ALlah swt kerana memudahkan urusan kami dalam memulakan pembinaan surau yang telah terlalu lama kami rancang dan berusaha untuk merealisasikan hasrat penduduk Armada Putra dan paa Jamaah Surau.

Pada tarikh 14hb Jun 2011, tercatat sejarah baru Bandar Armada Putra, bermulalah pembinaan surau baharu kami. Kerja-kerja penanaman cerucuk dimulakan untuk cerucuk paling kedepan menghadap kiblat sebagai satu simbolik.

Pembinaan ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan tanpa sumbangan anda semua dan bagi memastikan ianya terus berjalan dan mencapai kesempurnaan pembinaan dalam masa 7 bulan lagi, sumbangan dan derma jariah anda semua amat-amat kami harapkan.

Kepada penderma yang telah menyalurkan derma dan sumbangan anda, Akaun Akhirat anda sedang dideposit pahalanya oleh ALLah sebagaimana yang telah dijanjikanNya. bersabarlah menunggu habuannya diSANA dan bergembiralah kerana anda menjadi sebahagian daripada mereka yang turut sama terlibat membantu agama ALlah.

Rebutlah keberkatan bulan Rajab ini untuk membantu ALLAH kerana Rejab adalah bulan ALlah. Marilah terus menderma untuk saham akhirat anda!

Untuk para AJK – teruskan usaha murni anda semua. Tanpa anda semua kenyataan ini tidak akan dapat dizahirkan di atas tapak sana…

Sekian terima kasih

p/s: Sila berurusan dengan pegawai dan AJK sebagaimana dinyatakan diruangan sebelah dan sumbangan melalui Direct Bank In atau ‘online transaction” sila gunakan akaun2 surau yang telah dinyatakan.

Tinggalkan komen