Mencari Kumpulan Nasyid….

Salam sejahtera..

Untuk Majlis Pecah Tanah dan Menanam Cerucuk Asas Pertama, kami sedang merancang untuk mengadakan Karnival Surau Al-Qayyum – bercirikan Islam. Diantaranya kami akan mengadakan Persembahan Konsert Malam Kesenian Islam…

Kami membuka penyertaan kepada kumpulan2 yang terlibat samada dari sekolah atau kumpulan nasyid dari JKKK dan sebagainya.

Untuk Malam Kesenian Islam, kami telah mendapat pengesahan dari kumpulan Raihan, untuk mengadakan persembahan pada malam tersebut… Datanglah beramai ramai kelak… makluman terkini akan dilakukan didalam blog ini dari asa ke semasa.  Sila ajukan sebarang pertanyaan dan keinginan kepada riza@ranhill.com.my atau berhubung dengan Pengerusi Persembahan Karnival En Najib Hashim di 013 253 8582.

Jumpa anda di sanaaaaaaa

Countdown… 98 hari lagi…

Salam sejahtera…

98 hari lagi untuk satu sejarah tercipta..
98 hari lagi untuk satu tanda aras termatri..
98 hari lagi untuk satu lagi rumah Allah tertegak…
98 hari lagi untuk merealisasikan impian penduduk Bandar Armada Putra..
Ya 98 hari sahaja lagi untuk kami mengumpulkan dana untuk pembinaan ini untuk melihat berjaya atau gagalnya usaha kami selama ini untuk menegakkan sebuah surau baru impian seluruh penduduk Bandar Armada Putra.

Insyaallah, jika perancangan kami diizinkan Allah, pada 19hb Jun kelak, akan kami mulakan CERUCUK ASAS pertama surau kami. YAB Menteri Besar Selangor telah menyatakan kesudian untuk memulakan acara menanam cerucuk pertama tersebut. Tarikh telah ditempah. Diary telah dicatat. Agenda telah diaturkan..

Nantikan tarikh itu, dan untuk sekian kalinya, kami amat mengharapakn sokongan dan bantuan tuan-tuan semua untuk sama-sama menjayakan majlis itu nanti. Untuk itu, sumbangan untuk mendirikan surau masih terbuka, silalah berhubung dengan kami atau terus sahaja Bank-in jumlah sumbangan anda kedalam akaun seperti yang tertera di bar sisi..

Sehinggan bertemu kembali.. wassalam